Tuesday, October 14, 2008

Exam dah tiba..(^_^)


Assalamua'laikum...minggu peperiksaan hampir tiba,pasti ramai di antara kita yang mula sibuk untuk mengulangkaji pelajaran,tidak terkecuali bagi diri is.Tidak dinafikan ramai juga dikalangan rakan-rakan kita yang telah mula mengulangkaji pelajaran sejak dari awal semester

Sikap begini seharusnya kita puji.Memang peperiksaan ini diwujudkan untuk menilai sejauh mana pemahaman kita berkenaan dengan subjek-subjek yang diambil,nasihat shah buat rakan-rakan diluar,disamping kita bertungkus-lumus menelaah matapelajaran,jangan kita

lupakan kepada yang maha pemberi kejayaan yakni Allah.Perbanyakkanlah solat-solat sunat di malam hari memohon agar diberikan kita kejayaan didalam final exam nanti kerana dialah yang berkuasa memberi kejayaan dan kegagalan kepada kita.Disamping itu jangan sekali-kali kita

lupa pada peperiksaan di padang mahsyar nanti.Sejauh mana persiapan dan bekalan kita untuk menghadapi soalan-soalan Allah di akhirat nanti??jawapannya ada pada diri masing-masing......

0 comments: