Wednesday, November 5, 2008

reNuNgi KaTa2 Ini...(^_^)v

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang."

"Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna."

"Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."

"Kalau dulu tidak pernah terdetik di hati akan suatu rasa itu, tentu kini kita tidak berusaha mencapainya."

"Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

"Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan."

"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

"Tidak akan ada kemakmuran tanpa kasih sayang, Hanya mereka yang beriman sahaja tahu akan erti kasih sayang."

"Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah
ditempuhinya."

"Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban perkara-perkara yang kecil."

"Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri."

"Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."

"Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta
nasihat daripada orang lain."

"Setiap manusia mahu dihargai, sekurang-kurangnya berilah senyuman kerana
memberikan senyuman seperti memberikan orang lain peluang."

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata." (Kiriman seorang kawan)

0 comments: