Sunday, February 1, 2009

Erdogan:Keberanian yang wajar dipuji.(^_^)v

Perasaan sakit hati umat Islam terhadap kebinatangan Zionis sedikit terubat dengan keberanian Erdogan mempertahankan hak-hak rakyat Palestin yang dizalimi dengan memalukan presiden Israel Shimon Peres pada Debat Forum Ekonomi dunia di Davos Switzerland.

“Saya sedih mengetahui peserta forum bertepuk tangan terhadap ucapan kamu (Peres),” kata Erdogan. “Kamu adalah pembunuh. Dan saya berpendapat tindakan itu(bertepuk tangan) sangat keliru.” Kemarahan Erdogan memuncak ketika moderator forum memotong ucapannya untuk menangkis Hujah Peres terhadap operasi ketenteraan Israel menentang Hamas.


Tindakan Erdogan yang menyelar para peserta Forum Ekonomi Dunia(WEF) di Davos Switzerland kerana memberi tepukan di atas ucapan Perez yang menyembelih umat Palestin amat kita banggakan. Apatah lagi apabila beliau bertindak meninggalkan Forum tersebut kerana diminta meringkaskan ucapannya yang membela umat Palestin. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan Forum Ekonomi Dunia semasa sidang sedang berlangsung di Switzerland setelah bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik Gaza.

Dalam situasi dramatik di Davos, Erdogan berjalan melintasi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan beberapa anggota panel lain.
“Saya tidak fikir akan kembali ke Davos selepas ini setelah anda tidak membenarkan saya bercakap,” kata Erdogan. Beliau turut mengkritik para pegawai delegasi antarabangsa dan ketua korporat kerana memberi tepukan gemuruh terhadap ucapan emosi Peres yang mempertahankan tindakan Israel membunuh lebih 1,300 penduduk Gaza.

Turki adalah antara beberapa buah negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan sebelum ini pernah memohon kepada PBB untuk menyertai misi pengaman Asia Barat.
“Saya sangat dukacita kerana ramai bertepuk tangan dengan apa yang anda katakan kerana hakikatnya ramai penduduk (Gaza) mati,” jerit Erdogan kepada Peres sebelum dihalang oleh moderator.
Ki-moon meminta Israel untuk menamatkan sekatan terhadap Gaza dan meminta Hamas menamatkan keganasan serta memperbaharui usaha dunia Arab untuk menyatukan kembali beberapa kumpulan Palestin. Sementara itu di Gaza, Erdogan menerima pujian daripada penduduk Palestin kerana tindakannya memulaukan Peres. Penduduk Gaza yang mendiami kem pelarian Jebaliya mengibarkan bendera Turki di tapak runtuhan masjid yang musnah dibedil Israel. Erdogan turut disambut sebagai wira oleh sebahagian besar penduduk apabila beliau tiba di Turki selepas menghadiri forum ekonomi dunia itu.

Pemimpin-pemimpin negara umat Islam yang lain seharusnya mencontohi keberanian yang ditunjukkan oleh Presiden turki ini.Isu Palestin bukan lagi menjadi isu umat Islam sahaja sebaliknya merupakan isu kemanusiaan yang harus ditangani bersama tanpa mengira perbezaan agama.Kita sebagai rakyat Malaysia mengharapkan negara Malaysia yang kita cintai ini dipimpin oleh seorang pemimpin yang mempunyai keberanian dan ketegasan dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam,bukan pemimpin yang lemah dan lemau seperti yang ada sekarang.

0 comments: