Sunday, March 22, 2009

mAri KenaLi Ciri2 khuSuS iSlam...(^_^)v


Assalamua'laikum kawan-kawan,pada posting kali ini sukalah penulis untuk berkongsi sedikit ilmu yakni apakah yang dimaksudkan dengan ciri-ciri khusus islam.Tajuk ini sebenarnya sangat penting untuk dijadikan wadah perbincangan kita dalam kita meniti hari-hari selaku yang bergelar da'ie.

Pertama mengapa perlunya kita memahami ciri-ciri khusus islam?mari kita rujuk surah Ali-Imran ayat 19"Sesunggunya agama yang benar dan diredhai disisi Allah ialah Islam".Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam,hanya agama ini yang diterima oleh Allah.Sebarang agama yang selain dari Islam adalah tertolak dan penuh dengan kecacatan.
Setelah memahami penjelasan tadi,sudah tentulah agama Islam mempunyai keistimewaan yang tiada pada agama lain.

Ia juga menjadi kayu pengukur kepada umat manusia untuk mencari kebenaran islam itu sendiri,seterusnya meletakkan martabat Islam itu di tempat yang selayaknya sebagaimana yang disabdakan oleh nabi Muhammad S.A.W "Islam itu agama yang tinggi(mulia) dan tiada agama yang semulia islam".Seterusnya mari kita pergi satu persatu apakah yang tersurat dan tersirat disebalik ciri-ciri khusus islam itu.

Pertama ialah ROBBANIYYAH,atau dalam bahasa melayunya bersumberkan ketuhanan.
Islam itu sendiri adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia,selain itu agama yang diturunkan dari langit ialah yahudi dan majusi(kristian),walaubagaimanapun hanya Islam yang diterima disisi Allah.Konsep ketuhanan ini perlu diaplikasikan didalam segenap kehidupan kita,firman Allah didalam surah Ali-Imran ayat 79 " Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani,kerana kamu selalu mengajar al-kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya".

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya Al-khashoish al-ammah lil Islam,beliau memecahkan definisi rabbaniyyah ini kepada beberapa bahagian iaitu Rabbaniyyah al-ghoyah(tujuan dan matlamat), Rabbaniyah al-wijhah(persepsi), Rabbaniyah al-masdar dan Rabbaniyah al-manhaj.Jika kita lihat dan amati pecahan-pecahan rabbaniyah ini,ia merupakan suatu bentuk olahan pemahaman yang akhirnya bertujuan membentuk hati-hati manusia kearah ubudiyyah kepada Allah yang menjadi matlamat terakhir kita sebagai seorang muslim.

Bagi mengakhiri wadah perbincangan ilmiah ini, penulis ingin merujuk kepada apa yang difirmankan Allah di dalam surah Yusuff ayat 64 "kerana Allah adalah sebaik-baik pelindung dan dialah dzat yang maha rahim dari yang rahim".Sahabat sahabiah sekalian, marilah kita meletakkan rabbaniyah ini sebagai prioriti dalam kehidupan kita dengan menunjukkkannya melalui perilaku kita dan gerak amalan kita terhadap sesama manusia.Untuk wadah perbincangan seterusnya,InsyaAllah penulis akan membawakan tajuk SYUMULIAH,harap pembaca sabar nantikan posting seterusnya.

BACA>FIKIR>AMAL

1 comments:

Alhamdulillah nyata sekali penjelasannya.. Syukran..
Jemput menimba ilmu memancing di blog Qard jr..
http://cambincute.blogspot.com