Friday, April 3, 2009

All ThE BeSt!!!!!

"Allahumma najjihna fi kulli imtihan,fiddin fiddirosah fiddunya walakhirah"

Assalamua'laikum dan salam perjuangan buat sahabat-sahabatku yang dikasihi kerana Allah,peperiksaan akhir semester datang lagi,bagaimana persiapan kalian?teruskan dengan usaha masing-masing dan jangan mengalah,usahalah semaksima munkin dan manfaatkan sisa-sisa waktu yang ada,perjalanan hidup kita masih panjang,pelbagai onak dan duri yang harus kita tempuhi,sedikit ujian yang ditimpa ke atas kita bukanlah bermakna hidup dan masa depan kita sudah berakhir.


Letakkan Allah sebagai sandaran dan matlamat hidup nescaya kesedihan dan kekecewaan tidak sempat membelenggu hidup kita.Antara tips-tips yang boleh dilakukan pada hari-hari terakhir peperiksaan ialah dengan menenangkan jiwa dan perasaan kita dengan memikir perkara yang positif,contohnya yakin bahawa kita akan dapat menghadapi peperiksaan ini dengan FLYING COLOURS dan tanpa sebarang masalah.Sekiranya kita berasa tidak dapat menjawab dengan baik,jangan sesekali kecewa dan sedih kerana tumpuan kita pada kertas seterusnya akan tergangu,seelok-eloknya tanamkan didalam hati bahawa "aku telah berusaha dengan sedaya upayaku","ada hikmah tertentu yang Allah ingin berikan kepadaku" dan katakan didalam hati"ini bukan penamat kepada usaha-usahaku untuk berjaya,masa depan dan perjalananku masih panjang".

Sekiranya kita memikirkan perkara-perkara sebegini,insyaAllah semangat kita untuk terus berusaha dan bergerak kerja akan terus bertambah dan meningkat.Mengikut kata-kata pakar motivasi,kuasa minda adalah suatu kuasa yang amat hebat,dengan kita memikirkan kejayaan didalam pemikiran,ia bagaikan suatu kuasa magnet yang menarik kejayaan itu kepada kita,seterusnya yakin bahawa Allah akan memberi apa yang kita usahakan selain sentiasa berdoa untuk kejayaan diri,sahabat dan semua umat islam.

Setelah kita berada dalam keadaan tenang,buat nota-nota ringkas secara imbas lalu,untuk memberi gambaran didalam minda berkenaan tajuk-tajuk yang akan masuk dalam exam nanti,kalau perlu perbincangan dalam kumpulan segerakan dan amat tidak sesuai jika berbincang pada hari peperiksaan dijalankan kerana pada hari peperiksaan seharusnya perlu fokus kepada pembinaan keyakinan diri dan ketenangan.Akhir sekali,ALL THE BEST TO ALL OF YOU!!!!!

1 comments: