Friday, April 17, 2009

SBP Integrasi Gombak iN Memory..(^_^)v

Dataran yang indah tempat penulis selalu berkumpul diperhimpunan pagi dan kene denda pun kat sini jugak.he3

Tunas-tunas harapan negara, kalianlah yang bakal menyambung mata rantai dakwah, juniorku...

Salam perjuangan buat semua, lama sudah penulis tak sempat untuk update blog nie, al maklum saja lah dengan kesibukkan minggu exam nie. Dalam sedang asek penulis menziarah blog sahabat-sahabat untuk mencari ilham dan idea-idea baru untuk dimuatkan dalam blog penulis, penulis terjumpa blog Badan Ukhuwah dan Dakwah Islam(BUDI) integrasi gombak.

Persekitaran SBPI Gombak yang sentiasa bersih, mase zaman penulis belajar dulu setiap hujung minggu akan dibuat spot check kebersihan bilik dan gotong royong, ada habuk sikit je siap lah ngan warden...he3

BUDI nie adalah salah sebuah badan kerohanian yang terdapat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, sekolah tempat penulis belajar dulu. Apabila penulis melihat gambar-gambar junior dulu terasa rindu kembali menggamit hati penulis, lama sangat tak melawat sekolah yang banyak berjasa kepada penulis ni.

warden ku waktu sekolah dulu,ustaz Syukri..berkat doa ustaz iringi perjalanan hidupku....

Kalu dulu mase penulis masih duduk sebilik bersama-sama adik junior, macam kenakalan dan aneka ragam telah penulis rasai bersama mereka, tapi sekarang mereka dah jadi senior dah, ada yang jadi presiden, pengerusi, penghulu, penggawa dan macam-macam lagi,pendek kata semua sudah bergelar pemimpin badan pelajar.


Penulis kagum dengan adik Syukri B Jumari dua dari kiri, yang sekarang nie jadi Pengerusi Badan Ukhuwah dan Dakwah Islam(BUDI). Dulu bilik kami sebelah-sebelah jer, memang dia nie seorang yang berpotensi dan berbakat besar dalam sukan dan kepimpinan, moga adik Syukri dan junior-junior lain terus maju dan dan menjadi manusia yang berguna kepada agama dan masyarakat....tidak lupa juga buat ustaz Roslan tiga dari kanan, yang mengajar bahasa Arab dulu. Dengar-dengarnya ustaz Roslan dah berpindah ke Universiti Darul Iman(UDM), dekat dah lah dengan tempat penulis belajar sekarang, harap dapat berjumpa ustaz Roslan kat sini dan tidak lupe buat guru fizik ku cikgu Shahril,tiga dari kiri yang banyak berjasa, siapalah diriku sekarang tanpa kalian semua,Allah sahaja yang mampu membalas jasa-jasa kalian guruku.

kejayaan kalian memberi semangat kepada diriku juniorku....

Penulis ingin berkongsi kegembiraan, atas kejayaan yang membanggakan oleh pelapis-pelapis SBP Integrasi Gombak. Antaranya memenangi tempat ke 2 pertandingan Teknologi Petroleum Antarabangsa (IPTC) 2008.Akhir kata majulah SBPI Gombak untuk agama, bangsa dan negara....

0 comments: