Saturday, June 13, 2009

Aku dAn RuMpai LaUt.......


Assalamua'laikum pembaca semua, moga sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa. Barangkali munkin pembaca hairan apa kaitan tajuk diatas dengan penulis?. Sebenarnya inilah kerja sambilan(part time) penulis sepanjang cuti semester selama dua bulan ini.

Penulis dapat menimba sedikit pengalaman mengenal beberapa jenis rumpai laut di Malaysia yang mana keseluruhan spesis yang dikenalpasti di seluruh dunia berjumlah lebih kurang 5000 spesis. Walaupun berbeza dengan bidang yang diambil dalam kuliah, namun ilmu yang diperolehi sangat bermakna dimana penulis dapat melihat dan memahami sendiri salah satu daripada kebesaran ciptaan ilahi. Nabi juga ada bersabda bahawa

"Hikmah adalah milik umat Islam, dimana kita menjumpainya maka kita berhak untuk mengambilnya."


Menarik sebenarnya mengkaji rumpai laut, daripadanya terhasil pelbagai jenis produk samada kosmetik, salad rumpai laut, baja rumpai laut, biskut rumpai laut dan banyak lagi produk yang boleh dihasilkan dengan rumpai laut ini. Siapa sangka rumpai laut yang ketika didalam lautan yang dalam tidak dihiraukan manusia, tetapi dapat memberi manfaat untuk kegunaan manusia. Penulis berasa berbaloi mengorbankan waktu cuti bersama keluarga kerana memperoleh ilmu berkaitan rumpai laut, selain itu sudah tentulah gaji.

Namun apa yang menyedihkan penulis ialah kurangnya saintis-saintis Islam yang menyelidik dan mengkaji makhluk ciptaan ilahi ini, dimana perginya umat Islam yang mampu membuat kajian terhadap pelbagai ciptaan Allah yang sangat unik dan mengkagumkan ini ? adakah kita hanya mampu untuk berbangga dengan pencapaian umat Islam di zaman silam, seperti lahirnya nama-nama seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al biruni dan lain-lain.

Malang sekali apabila kebanyakkan daripada mereka adalah dari kalangan bukan Islam, mereka lebih bersungguh-sungguh mengkaji dan mencari manfaat daripada alam semulajadi yang diciptakan Allah tetapi tidak bagi umat Islam sendiri.Sebenarnya dengan kita membuat kajian dan penyelidikan terhadap alam semesta akan membuatkan bertambah keyakinan kita kepada keEsaan Allah selaku tuan kepada dunia ini, alangkah ruginya umat Islam jika tidak mengambil manfaat daripadanya.

Firman Allah :

'Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda -tanda bagi orang yang berakal '.
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata). " Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka" '.

(Surah Ali 'lmran: 190-191)

Firman Allah lagi :

'Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.
Dan demikian (pula) antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama'. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun'

(Surah Faathir : 27&28)

Penulis didalam makmal....

Rakan-rakan sekerja yang tekun menyiapkan pangkalan data spesis rumpai laut yang berjumlah hampir 5000 spesis semuanya. Walaupun dalam keadaan duduk tapi boleh tahan penatnya...

Meja yang kemas inilah tempat penulis menyiapkan tugasan yang diberi....

Rumpai laut yang telah disampel dengan kertas herbarium...

0 comments: