Saturday, September 26, 2009

A'inul Mardiyyah..Bisakah dicari didunia ini??


Abu laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid B Zaid, “pada suatu hari ketika persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku keluar ke medan peperangan pada hari isnin, lalu seorang daripada kami membacakan ayat 11 dari surah attaubah yang bermaksud, Sungguh Allah telah membeli dari orang mukmin harta mereka dengan dibayar syurga” (Attaubah 11).


Didalam majlis itu ada seorang pemuda berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak berkata: “Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan kepadamu untuk menjual diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga,” ku berkata padanya “ sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan perjualan itu”.

Pemuda itu lantas berkata” wahai Abdul Wahid apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah S.W.T?aku bersaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah. Kami tidak merasakan bahawa anak kecil tidak boleh berbuat demikian”. Maka pemuda itu menyerahkan semua hartannya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk kemedan peperangan. Bila tiba hari isnin beliaulah orang pertama sampai untuk berangkat ke perbatasan dan mengucapkan salam kepadaku “Assalamulaikum ya Abdul Wahid”. Aku menjawab “ wa’alaikum salam wa rahmatullah wa barakatuh, semoga Allah memberi keuntungan dalam perjualan kamu itu.”


Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa disiang hari dan bangun sembahyang serta menjaga keselamatan kami diwaktu malam. Beliau jugalah yang menjaga ternakan kami serta melayani keperluan kami disiang hari. Ketika sampai disempadan negeri Rom, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu Asar, pemuda itu datang meluru sambil menyeru, “Alangkah rindunya aku akan Ainul Mardhiyah”, ramai diantara kami menyangka pemuda itu mengalami gangguan saraf ingatan.

Lalu aku menyambut kedatanganya seraya bertanya “ apakah itu Ainul Mardhiyyah?”. Beliau menjawab “tadi aku tertidur sebentar, aku bermimpi seorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainul Mardhiyyah, aku dibawa ke satu taman yang sangat cantik. Disitu ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikkkan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain ditaman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata “demi Allah itulah suami Ainul Mardhiyah. Lalu aku berikan salam kepada mereka, Assalamualaikunna, Apakah disini tempat Ainul mardhiyyah? Mereka menjawab salamku dan berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, majulah kamu kedepan lagi.”

Pemuda itu meneruskan ceritanya, “Aku pun meneruskan perjalananku menuju ke sebuah taman yang mempunyai sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah ku lihat sebelumnya. Mereka berkata “demi Allah lihatlah suami Ainul Mardhiyah sudah sampai. Aku mengucap salam kepada mereka seraya berkata, apakah diantara kamu ini Ainul Mardhiyah?Sesudah menjawab salamku mereka berkata mereka adalah budak serta pelayan Ainul Mardhiyah, mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku.”

Pemuda itu berkata lagi “aku meneruskan perjalanan sehingga sampai disuatu lembah yang ada sungai Khamar pula. Disitu ramai gadis bersuka ria, yang mana mereka lebih cantik sehingga aku lupa akan kecantikkan gadis yang pernah aku lihat sebelumnya. Lantas aku memberi salam serta bertanyakan tentang Ainul Mardhiyah, setelah mereka menjawab salamku, mereka berkata mereka adalah budak dan pelayan Ainul Mardhiyah, dan meminta diteruskan perjalanan kehadapan.”


Pemuda itu menyambung cerita “tiba-tiba aku bertemu pula dengan sungai madu didalam satu kebun. Ku lihat kebun itu dipenuhi ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikkan mereka. Aku mengucapkan Assalamualaikunna, apakah disini ada Ainul Mardhiyah?mereka menjawab ya wali Allah, kami hanya budak serta pelayannya sahaja, majulah kamu kehadapan.” Pemuda itu mengakhiri ceritanya, “akupun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku sampai disuatu khemah yang diperbuat daripada permata yang berlubang, kulihat ada seorang gadis putih bersinar kemerah-merahan yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu khemah tersebut. Setelah ia melihat kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainul Mardhiyah suami kamu sudah sampai. Dengan rasa penuh rindu, aku pun meluru masuk kedalam khemah berkenaan.

Dalam khemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat daripada emas yang bertaburan permata yakut serta berlian. Sungguh aku terpesona melihat seorang gadis yang cantik rupawan menatapku dengan senyuman sedang duduk di tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambutku digerbang pintu Syurga dengan kalimat “Marhaban biwaliyirrahman, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita. Aku ingin mendakapnya, tetapi Ainul Mardhiyah lantas berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya, kamukan masih hidup dialam dunia. Nanti bila malam kamu akan berbuka puasa disini InsyaAllah. Kemudian aku tersedar dari tidurku.
Wahai Abdul Wahid aku tidak sabar lagi…”


Abdul Wahid berkata”belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kami diserang musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh berkenaan. Setelah ia Berjaya membunuh sembilan orang kafir, akhirnya kulihat pemuda itu rebah, akupun segera pergi kearahnya. Dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah, kulihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia meninggal dunia.”

Maka benarlah janji-janji Allah kepada hamba-hambanya yang sanggup menyerahkan seluruh kehidupannya hanya untuk Allah, beruntunglah kepada sesiapa yang berjuang dan berjihad serta bersedia untuk mati demi menegakkan ISLAM yang mulia. Firman Allah “janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terkorban demi menegakkan ISLAM(Syahid) itu mati, bahkan mereka tetap hidup disisi tuhannya serta dikurniakan rezeki yang melimpah-limpah.” Allahu a’lam……-petikan buku Malam Pertama di Syurga

0 comments: