Monday, September 14, 2009

Ramadhan Kian Pergi.....


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, tahniah kepada anda semua kerana telah berjaya mengharungi bulan Ramadhan kali ini dengan penuh mengharap redha ilahi. Mudah-mudahan ramadhan pada tahun ini menjadi sebagai satu momentum kepada diri kita untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Semoga diampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan yang akan datang, InsyaAllah.

Sedar tak sedar, sehingga ke saat penulis menulis ini kita telah memasuki ke hari ke 25 Ramadhan, sungguh sekelip mata penulis merasakan Ramadhan kian hari kian meninggalkan kita, apakah munkin dapatku temui lagi Ramadhan akan datang ataupun maut terlebih dahulu datang menjemputku. Semuanya itu hanya ku serahkan pada mu ya Rabb, pasti ada rahmat dan hikmahmu yang tersingkap dibalik segala-galanya.

Tinggal 5 hari sahaja lagi Ramadhan berbaki, ingin penulis menyeru diri ini dan sahabat-sahabat semua agar kita mengeluarkan segala sisa-sisa tenaga yang masih berbaki ini untuk kita melipatkaligandakan amal ibadah kita, mengerah segala tenaga untuk berqiam di sepertiga malam dan melaksanakannya umpama kita tidak akan berpeluang lagi merasakan keberkatan Ramadhan akan datang.

Sesungguhnya amat malang bagi hamba Allah yang tidak diampunkan dosa-dosanya sedang Ramadhan telah berlalu meninggalkannya. Moga kita terlindung daripada golongan tersebut dan dosa-dosa kita yang telah lalu diampunkan, bersama-samalah kita berdoa agar dipilih oleh Allah taala menjadi hamba-hambanya yang dapat menikmati indahnya malam yang lebih baik dari 1000 bulan yakni malam Lailatul Qadr. Allahu a'lam


0 comments: