Wednesday, October 7, 2009

Lawatan Ilmiah....


Assalamua'laikum kengkawan, amacam puasa 6? bereh dah ke belum ?xpe-xpe masih ada masa lagi untuk sahabat-sahabat semua menghabiskan puasa 6 di bulan Syawal ini tapi jangan pulak dilewat-lewatkan ye, nanti terlepas pulak ke bulan Zulkaedah. Pada posting kali ini penulis ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman penulis semasa mengikuti satu lawatan ke beberapa buah syarikat perkapalan di pantai barat.


Antara beberapa tempat yang telah penulis lawati ialah West Port, North Port, Jabatan Laut Wilayah Tengah, NGV company, Pusat Hidrografi Malaysia dan Star Cruise Malaysia. Banyak manfaat yang penulis dapat hasil dari lawatan ilmiah ini, antaranya peluang-peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor maritim ini dengan gaji yang lumayan, cuma yang munkin ramai dikalangan graduan kita tidak berapa gemar akan bidang ini, munkin kerana ia bukan suatu profession yang popular seperti jurutera, doktor dan sebagainya.


Ditambah pula bekerja di sektor perkapalan ini, memang tidak dapat lari daripada terik mentari, kebisingan dan segala macam bentuk ketidakselasaan, akan tetapi hakikatnya dengan segala ketidakselesaan itu, tidak dibiarkan sia-sia kerana pekerja dalam sektor maritim ini dibayar dengan gaji yang cukup lumayan. Selain itu, antara input berguna yang sempat untuk dikongsi bersama ialah lawatan ke Pusat Hidrografi Malaysia yang terletak di Klang Selangor.



Kepentingan hidrografi ini ialah untuk membuat pengukuran di seluruh perairan Malaysia untuk tujuan pemetaan. Kepakaran didalam bidang hidografi sangat kurang di negara kita dan pemintaan untuk membuat kerja-kerja pengukuran sangat banyak terutama daripada syarikat-syarikat dalam dan luar negara. Sekiranya kita mempunyai kelayakkan, kita mampu untuk bekerja dengan mana-mana industri yang terlibat dengan hidrografi samaada dalam dan luar negara.


Jadi tunggu apa lagi sahabat-sahabat, peluang pekerjaan sebenarnya masih banyak di negara ini, justeru tidak sepatutnya timbul isu penganguran dikalangan siswazah, tinggal lagi kita perlu mengubah sikap yang terlalu "demand" sehingga memberi peluang kepada warga asing untuk memenuhi industri-industri yang terdapat di negara kita. Ayuh kita mengambil segala peluang dan ruang yang ada kerana anda mampu mengubahnya...

0 comments: