Saturday, December 19, 2009

I support pro-Mahasiswa...

Assalamua'laikum, tidak berapa lama lagi IPTA di seluruh Malaysia akan menghadapi Pilihanraya di Kampus masing-masing, maka sudah pasti kemeriahan dan suasana hangat pasti akan melanda seluruh warga kampus.

Bagi pihak-pihak yang bakal bertanding samaada Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi, sudah pasti persiapan menghadapi pilihanraya kampus sedang giat dijalankan, pihak yang mempunyai strategi yang mantap dan kukuh pasti mampu memikat hati mahasiswa untuk memberi undi kepada calon yang bakal bertanding.

Tetapi apa yang penting, biarlah perjalanan pilihanraya itu nanti berjalan dengan adil dan saksama sesuai dengan martabat universiti sebagai medan ilmu dan tempat mengasah bakat kepimpinan mahasiswa. Disini, penulis mengajak sahabat-sahabat semua yang merupakan bakal pengundi di kampus masing-masing supaya mengundi calon Pro-Mahasiswa, kerana golongan inilah yang mampu untuk mewujudkan suasana bi'ah solehah di universiti kalian.

Ingatlah kepada pesanan yang diberikan oleh syed qutb "dimana sahaja kamu berada, hendaklah kamu nyalakan suis-suis Islam ditempat itu", hatta kita sebagai mahasiswa islam hendaklah berperanan sebagai agen-agen yang membawa obor-obor islam dimanajua kita berada.

Alam kampus merupakan medan terbaik untuk kita melibatkan diri secara aktif didalam organisasi islam, sebagai persediaan kita menghadapi cabaran lebih hebat diluar sana. Amatlah rugi jika tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya peluang yang ada.

Sahabat, dunia kampus merupakan tempat yang bukan sekadar memberi tumpuan di dalam kelas semata-mata, bahkan perlu melibatkan diri dan terkehadapan dalam segala isu yang melibatkan manusia sejagat. Inilah mahasiswa berjiwa besar yang perlu dibentuk dan ingin dilahirkan oleh organisasi islam sebagai persiapan dan persediaan untuk mereka memimpin dan membawa islam di tempat yang paling tinggi dan agung.

Setujukah kalian dengan istilah ini "kuasa bukan segala-galanya, tetapi tanpa kuasa, sukar melakukan segala-galanya", terpulang kepada kalian untuk menilai sejauh mana kebenaran kata-kata itu, yang pasti dengan memiliki kuasalah ketaatan kepada Allah mampu dilaksanakan secara menyeluruh, bahkan mampu menggerakkan jiwa-jiwa yang mati agar hidup semula bersama-sama dengan keindahan dan kesyumulan islam.

Maka, atas kesedaran itulah, menjadi satu kewajipan untuk bakal-bakal pengundi pilihanraya kampus bagi mengundi calon-calon Pro-Mahasiswa agar suasana kampus menjadi lebih harmoni disamping mendapat keredhaan Allah, hanya Pro-Mahasiswa yang komited terhadap usaha-usaha memajukan universiti dan membangunkan jatidiri mahasiswa selain mampu membebaskan universiti daripada sebarang bentuk perbuatan tidak bermoral dan mencemarkan taraf keintelektualan mahasiswa di universiti kita.

UNDILAH CALON PRO-MAHASISWA!!!!

0 comments: