Saturday, December 26, 2009

untung vs musnah


Assalamua'laikum rakan seperjuangan ku yang dirahmati Allah sekalian, moga rahmat Allah senantiasa memayungi kalian. petang tadi 26 Disember 2009 penulis sempat berjalan-jalan sekitar Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu bersama sahabat serumah. Tiba di sebuah jalan berhampiran dengan pantai, penulis terkejut melihat laluan yang biasa digunakan untuk kesana telah runtuh dimamah hakisan air laut.

Penulis dimaklumkan oleh sahabat, sudah hampir sebulan keadaan itu berlaku iaitu semasa cuti hari raya Qurban baru-baru ini. Persoalan yang cuba ditimbulkan penulis mengapa hal ini berlaku, masakan pokok bergoyang kalau tidak ditiup angin, ataupun ada beruk yang menggoyangkan pokok tersebut?

Daripada maklumat yang diperolehi melalui pensyarah marin tempat penulis belajar, semua itu berlaku disebabkan projek pembesaran lapangan terbang Sultan Mizan tidak jauh dari tempat hakisan. Yang menjadi mangsa ialah pantai disekitar lapangan terbang terpaksa ditambak sehingga menyamai keluasan 3 padang bola di stadium bukit jalil.

Menurut pensyarah marin itu lagi, pihak universiti telah memaklumkan kepada pihak yang terlibat bahawa penerusan perlaksanaan projek itu bakal memberi impak yang buruk kepada ekosistem semulajadi pantai berhampiran. Disebabkan ada campurtangan orang politik dan keuntungan melebihi segala-galanya, maka projek tersebut tetap diteruskan. Maka lihatlah hasilnya sekarang.

Keuntungan mereka dapat, tetapi penduduk yang biasa menggunakan jalan itu sabagai laluan? bukan sahaja kesusahan malah bahaya juga menanti bila-bila masa, kerana masih terdapat penduduk yang masih menggunakan jalan yang berisiko tersebut pada waktu malam. Inikah yang dikatakan projek untuk membantu rakyat?Sekiranya keadaan ini tidak dibendung segera, akan berlaku hakisan di sepanjang Pantai Tok Jembal dan memberi kesan yang amat buruk kepada pengusaha-pengusaha homestay dan peniaga kecil-kecilan.


Satu perkara yang menjadi persoalan penulis, melihat kepada kesan runtuhan jalan tersebut, piawaian pembinaan jalan tersebut boleh dipertikai, ini kerana tidak sampai sejengkal saiz ketebalan jalan yang diturap dan tiada sebarang kongkrit atau bahan untuk memastikan keselamatan jalan berada pada tahap yang baik. Memang inilah yang dikatakan keuntungan yang memusnah. Penulis ingin mengajak kita semua selaku khalifah yang diberi amanah memakmurkan bumi ini untuk kita merenung firman Allah didalam surah Al-A'raf ayat 56 bermaksud :

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.

Allahua'lam...

2 comments:

Salam
Pantai ni dekat dengan KUSZA kan? pernah belajar di sana. Malah pernah berjalan kaki dari gate KUSZA ke pantai berjalan kaki. Melayan seorang kawan yang sedang merana hati.

Ikut logik.. pantai ni memang terhakis mungkin kerana pukulan ombak yang tertumpu di sekitar tapak lapangan terbang. Ntah lah.. namun yg pasti ia mengecewakan saya.

a'a lokasi pantai yang tak berape jauh dari lapangan terbang Sultan Mizan, jalan kaki???jauh tue...tapi baik untuk kesihatan..he2..nantikan entry menarik dari ana...