Saturday, December 19, 2009

salam Maal Hijrah 1431....


Assalamua'laikum ya sohabat-sohabat, khaifahaluk? ana bilkhair alhamdulillah...mudah-mudahan antum semua begitu juga hendaknya...munkin jarak diantara kita ada yang jauh dan dekat namun apa yang pasti kalian semua tetap dihati...

Bersempena dengan sambutan tahun baru Islam yang ke 1431 hijrah ini penulis menyeru kepada kita semua agar memanfaatkan segala usaha, tenaga dan masa yang kita miliki untuk memajukan diri dan sanggup berjuang dan mengorbankan kepentingan diri demi agama islam yang mulia.

Dalam suasana semasa yang dapat penulis lihat di dunia islam mahupun barat, agama islam semakin mula menyinari segenap sudut ruang didunia ini, umat islam di seluruh dunia mula bangkit menentang kekufuran dan kezaliman yang berlaku di sekeliling mereka.

Gerakan islam seluruh dunia juga sudah mula diterima dan mendapat tempat dihati masyarakat, akibat daripada kegagalan sistem barat yang semakin goyah dan tidak dapat menyelesaikan masalah masyarakat. Sebagai contoh, mutakhir ini negara somalia sudah mula melaksanakan hukum islam walaupun dalam keadaan kemiskinan yang dihadapi negara itu, tetapi yakinlah pertolongan Allah tetap bersama mereka.

Marilah sahabatku sekalian, kita sama-sama berdoa agar Allah membantu kemenangan umat islam di seluruh dunia serta diberi kekuatan kepada saudara seagama kita diluar sana dalam melaksanakan keta'atan kepada Allah.

Mudah-mudahan juga dengan berkat kesungguhan dan keyakinan kepada Allah, kita semua dapat menghadapi cabaran-cabaran mendatang dengan lebih tenang, tabah dan istiqamah. Percayalah sahabat, kemenangan ISLAM itu semakin hampir!!

TAKBIR !!!