Wednesday, December 9, 2009

taska tahfiz gemilang


Penulis(berbaju melayu) meraikan Happy Birthday adik-adik.

Tiup lilin tu jangan tak tiup.

Amboi budak nie, khusyuk nya makan.

Bagila ustaz cikit.

Assalamua'laikum, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah semua, diharap sentiasa ceria dan bahagia sokmo. Baru-baru penulis berpeluang bekerja "part time" di Taska Tahfiz Gemilang sebagai guru ganti, setelah tamat exam.

Bukan ape, sambil-sambil mengisi kekosangan masa yang ada manfaatnya diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Mula-mula tu bosan juga kerana nak tunggu adik-adik ni dihantar ibubapa, tapi bila dah sampai, "ustaz nak g main kat luar", "ustaz nak bli aiskrim", ustaz nak itu, nak ini" pening penulis dibuatnya.

Kerja kat sini, bermula jam 12-2 tengahari suruh solat ulangkaji, lepas tu 2.30 tengahari suruh makan tengahari sampai 3 petang, 3-4 petang ulangkaji, solat asar dan mengaji sampailah jam 5.30 petang baru penulis boleh balik, lambat ibubapa adik-adik ni ambil, lambat la penulis balik.

Biasalahkan budak-budak, seronok juga sebenarnya melihat telatah adik-adik ni, ada yang nakal ada yang dengar kata ada yang kene piat dulu baru jalan, itu semua pengalaman yang penulis dapat sepanjang bekerja disitu.

Sekadar berkongsi pengalaman dengan sahabat-sahabat, dihati kecil penulis mendoakan agar adik-adik disini manjadi insan yang berguna pada masa hadapan dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.