Sunday, January 31, 2010

perkongsian ruc '10

Assalamualaikum sahabat sahabiah yang dirahmati Allah sekalian, seperti yang dijanjikan penulis akan berkongsi sedikit ilmu semasa menyertai RUC conference baru-baru ini di Pusat Konvensyen Putrajaya. Antaranya untuk memperolehi sesuatu ilmu, kita perlu membuangkan sikap “aku dah tahu dah” dan perlu tahu menganalisa ilmu yang mana boleh diambil untuk manfaat diri dan yang mana ilmu yang tidak diperlukan, dalam istilah inggeris “take what you want and throw what you don’t want”.

Pembaca mesti pernah mengenali tokoh yang bernama Datin Paduka Hajah Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Beliau turut memberi ceramah berkenaan pengalaman yang beliau lalui semasa cuba mencipta rekod dunia sebagai wanita asia pertama dan muslim pertama ke kutub utara (north pole) dan kutub selatan(south pole) dalam tempoh masa 22 hari.

“Your attitude determines your altitude”, inilah ungkapan keramat yang beliau kongsikan bersama para peserta konvensyen. Pelbagai latihan teknikal yang sangat memerlukan keazaman dan disiplin diri yang tinggi dilakukan beliau untuk melakarkan sejarah yang tidak mudah dilakukan orang ramai. Pelbagai dugaan yang telah beliau tempuhi sehingga digelar “gila” oleh keluarga dan rakan-rakan disebabkan kemahuan beliau yang sangat berisiko ke tempat paling sejuk didunia, tanpa persediaan cukup rapi bila-bila masa maut menanti.

Penulis kagum dengan beliau walaupun baru mendengar ceramah beliau pertama kali, tidak ada istilah “putus asa” dalam kamus hidup beliau dan “kekuatan dalaman” yang tinggi beliau mampu melakukan. Beliau juga turut berkongsi kehebatan kuasa Allah di kutub utara dan selatan, antaranya ais berbentuk haiwan, kalimah Allah dibukit dan panorama indah dilangit seperti fenomena ‘Halo’ dan pancaran cahaya berbentuk ‘love’ yang sangat cantik.

Penceramah seterunya disampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Pertahanan Awam, En Johari. Beliau menyentuh tentang peranan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam organisasi awam untuk manfaat diri dan orang ramai selain membantu mahasiswa ketika mahu memohon pekerjaan kelak. Beliau juga menyentuh tentang ciri-ciri pemimpin yang cemerlang harus menjadi 4 P iaitu perancang, penyelaras, pemimpin dan pengawal yang baik. Faktor lain menjadi pemimpin yang berkualiti dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, perawakan, dan peribadi.

Prof Dr Tajuddin selaku pengerusi PEMADAM kebangsaan turut menyampaikan ceramah yang menarik dan penuh informasi. Beliau memberikan 4 point penting menjadi pemimpin ataupun mahasiswa yang berjaya dan cemerlang iaitu mesti ada : -

-“positive and beautiful mind, body and soul”,

-“clear direction and goal”,

-“go beyond the comfort zone”

-“make a university as a place to build up your character”.

Untuk menjadi "master leader" kita perlu ada : -

-"must have a vision, from vision come motivation"

-"knowledge"

-"skills"

Beliau juga menekankan kepada para peserta supaya tidak takut belajar sesuatu yang baru semasa di universiti kerana universiti tempat latihan dan menimba ilmu, tiada siapa akan memarahi jika silap, berbeza setelah berada dialam pekerjaan iaitu alam untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan jika berbuat kesalahan akan dimarahi majikan dan sebagainya, mana satu pilihan kita, ingin silap sekarang atau silap setelah dialam pekerjaan nanti ?.

Jangan sekali-kali mengambil masalah orang lain sebagai masalah kita, sebagai contoh senyuman yang kita lemparkan pada seseorang dibalas dengan muka yang masam, lalu kita merasakan kita ada melakukan kesalahan, jangan berfikir begitu, dia takmau senyum itu dia punya pasal, jangan disebabkan itu kita jadi tidak senang duduk, gelisah dan sebagainya, itulah maksud ayat diatas tadi.

"Dont wait for change, sometimes when everyone else is waiting for some else to take the first step, you need to be the one to drive the change"

Ini adalah masalah yang sering dihadapi kebanyakkan mahasiswa : -

-tiada matlamat

-rasa ijazah sudah superb

-tidak mengurus masa dengan baik

-berkongsi masalah dengan orang yang salah

-tiada ilmu pengurusan stress

-sikap kera sumbang

Yang terakhir ceramah yang disampaikan oleh En Amirul selaku pengasas REAL motivation sebuah perunding motivasi. Kejayaan sesuatu program bermula dengan perancangan yang teliti dan teratur dengan penglibatan semua pihak, kerja berpasukan sangat penting dalam menjayakan apa sahaja program. Antara yang penulis dapat ialah beliau memperkenalkan formula BULAT, apa itu BULAT? BULAT sangat diperlukan setiap organisasi untuk menjadi organisasi yang berjaya dan cemerlang. Didalam sesebuah organisasi mesti mempunyai ahli-ahli yang : -

B : boleh, sanggup buat arahan yang diberi

U : ubah, sanggup berubah kearah kejayaan, cara berfikir, sikap dan sebagainya.
Perubahan yang besar datang dari perubahan yang kecil.

"dont be a person that do same thing over and over but expect different result"

L : lari, bukan ahli yang suka berlari tetapi ahli yang cepat mengambil peluang yang datang
dan tidak takut untuk bekerja kuat.

"we must run with runner, work with worker and don't sleep with sleeper"

A : ajar, ahli yang bersedia untuk "belajar", "mengajar" dan "diajar". Sangat sesuai diaplikasi
dalam study group.

T : tahan, ahli yang sanggup tahan buat sesuatu tugasan sampai siap.

"we must become a completer"
"successful people finish what their start"

Terakhir dari penulis "orang hebat tidak buat semua benda tetapi dia mencari orang yang lebih hebat darinya untuk buat semua benda itu". Ini sahaja perkongsian dari penulis harap ada manfaat yang pembaca dapat. Sebarang komen di alu-alukan. Allahu a'lam.

0 comments: