Friday, January 22, 2010

proud to be harakian muslim


Seorang yang bergelar ahli gerakan tidak dapat lari dari tuntutan untuk mentarbiyyah diri sepanjang masa, tarbiyyah perlu dilakukan setiap masa bagi melahirkan ahli yang bukan sahaja komited dengan perjuangan bahkan memahami secara mendasar akan tuntutan harakah. Selagimana nafas mampu untuk menyedut oksigen selagi itulah proses pentarbiyahan perlu diteruskan.

Ke arah untuk melahirkan ahli haraki yang berkualiti (bukan berkuali2) tidak dapat tidak proses mendisiplinkan diri sangat diperlukan iaitu tanpa mengabaikan aspek-aspek keseimbangan, antaranya menunaikan haq terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam. Aspek-aspek pentarbiyahan yang perlu dititikberatkan oleh muslim haraki ialah tarbiyah ruhiyyah, tarbiyyah fikriyyah, tarbiyyah jasadiyyah dan beberapa nilai tambah yang perlu bagi penggerak harakah.

Tarbiyyah ruhiyyah

@Solat fardhu awal waktu secara berjemaah
@Berpuasa sunat isnin dan khamis
@Membaca al-Quran dan menghayati maksudnya sekurang-kurang sehelai sehari
@Menjadikan qiamullail sebagai amalan rutin
@Membaca al-ma'thurat sekurang-kurangnya satu kali sehari

Tarbiyyah fikriyyah

@Menguasai pelbagai ilmu dan cemerlang dalam bidang akademik
@Menghadiri dan menyumbang kepada usrah, liqa', tamrin, katibah dan program lain yang dijalankan

Tarbiyyah jasadiyyah

@Perlu berakhlak dengan akhlak Islamiyyah
@Menjaga pergaulan muslimin dan muslimat
@Menjaga kesihatan fizikal

Nilai tambah

@Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
@Menguasai media massa dan memobilisasikan masyarakat

Justeru, dengan mendisiplinkan diri dengan perkara-perkara diatas, mampu melahirkan seorang ahli gerakan yang mantop (bak kata ustaz zamri), dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi hutan (maksudnya dimana-mana posisi tugas yang diberikan mereka mampu untuk melaksanakannya dengan baik), murobbitun sebeginilah yang ingin dihasilkan harakah islamiyyah. Jika semua ahli harakah mempunyai kualiti sebegini, insyaAllah jalan menuju kemenangan untuk Islam memayungi kembali dunia ini akan terlaksana disamping bantuan dan pertolongan daripada Allahu ta'ala. Bace je dok jaddi kene buat, peringatan untuk diri penulis dan pembaca sekalian...(^_^)v

-ma la yudriku kulluh, la yuthraku kulluh (kaedah fiqh)
-if you cannot do all, dont leave all, do as what you can
-jike awok dok mapu nok buak blake, jangan plop tingga blake deh

Allahu ta'ala a'lam

2 comments:

ayat power..bace saje dok jaddi.huhu..artikel bermanfaat..keep it up!

syukron, ayat mesti mau poweeeer...he2