Saturday, January 16, 2010

ketika handset bertasbih


tuit-tuit.. tuit-tiut
suatu bunyi yang dikenali
suatu bunyi mungkin ditunggui
suatu bunyi memang kurindui

tuit-tuit.. tuit-tuit
sangat kerap ia berbunyi
dalam hidupku seharian
tidak kira siang
atau malam
dalam gelap
dalam cerah
sebelum tidur
dalam tidur
selepas tidur
ia tetap berbunyi

setiap kali berbunyi
memungkinkan kredit semakin haus
namun jari jemari tetap bergerak
menekan butang demi punat
terasa juga penat
namun ditekan juga
walau dalam gelap
walau tidak dibaca

ketika enset bertasbih
semua waktu dikira sama
tidak kira masa dan ketika
jari jemari sentiasa bertasbih

tika tidur di tengah malam
sampai juga disuruh bertahajjud
walau hanya terkejut dek sejuk
tika nak subuh
di ajak bangun solat berjemaah

kala tengah hari lapar perut
ditanya dah makan atau belum

niat yang baik tidak dinafi
tapi bukan masa bukan hari ini
sabarlah senafas sabarlah sedikit
takut ditarik berkat dek Ilahi

tuit-tiut
Ketika Enset Bertasbih
sabarlah sahabat-sahabatku

-cikawan butirstar

*p/s : edisi movie dalam pembikinan nantikan !!!

3 comments:

t'snyum ana bca n3 nie=)...
ada unsur yg m'dlm mknanya...

salam...
nice entry..
ada unsur tguran yg tersirat..
(^_^)

cam dah baca sajak ni.. kat mana ek?