Monday, January 25, 2010

Manhaj Perjuangan Islam

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj (sistem) perjuangan Islam yang menepati ciri-ciri Islami. Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyyah kepada Allah dan menolak toghut sepenuhnya. Proses perjuangan ini hendaklah dilaksanakan mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu iaitu:

a. Rabbaniyyah

Rabbaniyyah adalah ciri utama Islam. Ini jelas kepada kita kerana Islam sendiri dari Allah yang bersifat Rabb. Para dua’at merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam menyeru kepada Islam. Allah menjelaskan selagi dua’t berada dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemelihraanNya:

“Dan bersabarlah (Muhammad) menunggu ketetapan Tuhanmu, kerana seungguhnya kamu berada dalam penglihatan (penguasaan) kami dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun”. (at-Thur:48)

Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi i’tikad, pemikiran, cita-cita, percakapan dan perbuatan. Bersifat Rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya.

b. Syumuliyyah

Islam adalah lengkap dan sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan atau ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta Yang Maha Agung.

c. Inqilabiyyah

Inqilabiyyah menurut Harakah Islamiyyah ialah melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyyah dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu.

d. ‘Alamiyyah

Islam merupakan dakwah ‘alamiyyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini. Daulah Islamiyyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyyah di negara ini tidak mempunyai sifat ‘alamiyyah dalam melaksanakan manhaj mereka sama ada dari sudut keselarasan perancangan, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyyah, kemahiran tenaga kerja dan seumpamanya.

e. Assabit Wa Murunah

Islam adalah agama yang mempunyai hukum yang telah ditetapkan oleh pencipta. Akan tetapi dalam melaksanakan hukum yang tetap dan qat’i itu perlulah bersifat anjal ataupun fleksibel pada suasana dan persekitaran contohnya hukum menutup aurat adalah wajib (tetap), maka pemakaian menutup aurat adalah secara fleksibel mengikut keadaan dan ia perlulah mengikut apa yang disyariatkan dalam Islam.

f. Waqi’iyyah

Islam juga bersifat kesesuaian pada keadaan, persekitaran, suasana, tempat dan zaman.
Islam juga bukanlah agama yang dianggap sebagai kuno dan idealistik. Akan tetapi Islam melihat pada keseluruhan dan kesesuaian untuk membentuk manusia menjadi seorang hamba yang bersyukur

0 comments: