Tuesday, January 5, 2010

da'ie siber


Di era teknologi yang serba canggih pada hari, manusia semakin ghairah untuk mengejar ni'mat dunia dan masing-masing berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan. Serba serbi menjadi mudah, dunia tanpa sempadan ini jika dipandang dari sudut kita sebagai seorang da'ie, memberi dan membuka ruang yang cukup luas untuk kita berdakwah.

Seorang muslim mukmin yang super, seharusnya tidak memandang enteng akan perubahan zaman yang kian mendadak perubahannya kerana kita tidak mahu Islam itu dilihat dari sudut yang sangat sempit, kecil, kolot dan ketinggalan zaman. Menjadi kewajipan buat seluruh umat Islam yang diberi peluang dan kemampuan untuk menggunakan kemajuan teknologi yang ada sebagai medium untuk berda'wah kepada seluruh umat manusia.


Dalam suasana golongan belia hari ini yang terdedah dan terbiasa menggunakan laman sosial seperti friendster, facebook dan blog mengapa tidak menggunakan laman yang ada ini sebagai peluang untuk kita menjadi da'ie siber. Ruang untuk menyebarkan risalah islam telah terbuka luas, selebihnya bagaimana umat Islam perlu memanipulasi wadah yang ada untuk kepentingan Islam.


Perlu diingat berulangkali bahawa kemajuan teknologi yang banyak terdapat pada hari ini merupakan salah satu agenda yang telah direncanakan golongan yahudi yang telah lama memusuhi Islam. Mereka mencipta pelbagai bentuk teknologi yang menumpukan kepada aspek hiburan semata-mata dengan matlamat untuk melekakan umat Islam daripada mengerti akan peranan mereka selaku da'ie ilallah. Dan sebahagian besar daripada umat Islam pada hari ini telah termakan dengan propaganda jahat musuh Islam ini kesannya, matlamat suci pejuang agama Allah yang mukhlisin untuk melihat kembalinya era kegemilangan Islam sepertimana yang pernah dialami dahulu semakin sukar.


Kesimpulannya, penulis menyeru kepada seluruh umat Islam agar menggunakan semaksima munkin kemajuan teknologi yang ada pada hari ini untuk kepentingan dakwah islamiyyah dan jangan sekali-kali umat Islam dimanipulasi dan dilekakan oleh kemajuan teknologi tersebut. Jadikan kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-fateh menyebarkan risalah Islam di medan perang sebagai inspirasi agar kita semua menggunakan kebijaksanaan yang ada untuk menyebarkan risalah islam di medan siber melalui kaedah yang pelbagai dan mampu menarik minat pengunjung siber untuk mendekati dan menghayati agama yang syumul ini, kalianlah
Sultan Muhammad Al-fateh dunia siber.

2 comments:

ntry yg baik n m'ingtkn dri ini yg sring t'lupa...

ye.. saya setuju kita kena menggunkan kemudahan teknologi ni untuk kebaikan islam.

guna teknologi musuh islam untuk menghancurkan musuh islam.