Saturday, January 9, 2010

melayari bahtera kehidupan


Seorang ahli falsafah ditanya "bagaimana anda memilih pasangan hidup?". Beliau menjawab "aku tidak inginkan yang cantik@kacak kerana nanti orang lain akan mem'burunya'. Aku juga tidak inginkan yang hodoh supaya hatiku tidak merasa meluat dan benci.

Aku juga tidak inginkan yang pendek nanti aku terpaksa menundukkan kepalaku kepadanya. Aku tidak mahukan yang gemuk, kerana nanti akan tersekat daripadaku hembusan bayu. Juga yang ramping, kerana nanti aku akan mencintainya dalam khayalanku.

Aku tidak mahu putih seperti lilin dan hitam seperti bayang-bayang. Aku tidak mahu yang bodoh yang tidak memahamiku. Aku juga tidak mahu yang terpelajar yang bertikam lidah denganku. Aku tidak mahu yang kaya yang berkata "ini hartaku, itu milikku". Aku juga tidak mahu yang fakir yang akan membuat anak-anak ku bernasib malang. - ahli falsafah yunani


Moral of the story : Jangan terlalu ideal dalam memilih pasangan hidup, kesempurnaan hanya wujud pada alam khayalan dan fantasi. Kita berhak memilih tetapi ikutilah garis panduan yang telah ditetapkan Islam dalam memilih agar kita dapat 'melayari bahtera hidup' dengan penuh kebahagiaan fiddunya wal akhirah. Islam is the best solution. (^_*)y

0 comments: