Thursday, January 21, 2010

percaya


Salam ikhlas penuh ukhuwah, pada posting kali ini penulis ingin berkongsi sedikit petua yang insyaAllah boleh membangkitkan motivasi para pembaca sekalian. Tajuknya ialah "percaya", beza diantara yakin dan percaya terletak diantara mata dan telinga.

Percaya ialah apabila kita mendengar suatu maklumat yang sampai manakala yakin kita melihat sendiri apa yang didengari, sebagai contoh kita percaya apabila si Ali memberitahu bahawa Ahmad mengalami kemalangan, dan apabila kita sendiri melihat Ahmad kemalangan disitulah baru akan datang keyakinan terhadap apa yang diberitahu Ali.

Apa yang kita percaya melalui perantaraan orang lain tidak semestinya benar. Didalam Islam sendiri kita bukan sahaja dituntut untuk sekadar percaya dengan apa yang dianuti bahkan perlu disertai dengan keyakinan, bagaimana untuk yakin akan keindahan islam ? iaitulah dengan banyak memerhati keindahan alam ciptaan Allah dan menghayati maksud yang terkandung didalam al-Quran. Allah berfirman melalui al-Quran agar manusia tidak mudah percaya tentang perkhabaran yang disampaikan tanpa ada usul periksa terlebih dahulu.

ا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (الحجرات:6)

Wahai orang-orang yang Beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan (al-Hujurat:6)


Prasyarat utama kejayaan orang-orang yang berjaya ialah, mereka meletakkan kepercayaan yang positif didalam minda. Kepercayaan tadi akan membuahkan harapan, harapan akan membuahkan tindakkan dan tindakkan akan membuahkan kejayaan, begitulah pentingnya kepercayaan yang positif terhadap kemampuan diri.

Kepercayaan adalah pusat bagi segala tindak tanduk manusia, ia mendorong anggota badan manusia bertindak sepertimana yang dipercayai. Perkaitan apabila kita percaya dalam melakukan sesuatu tindakan dengan fungsi yang dimainkan oleh otak sangat berkait rapat.

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dengan rasa suka, seronok dan penuh kepercayaan, otak akan berperanan menghasilkan biokimia tertentu dalam menghasilkan impuls yang cukup bertenaga untuk menjalankan fungsinya dengan baik, mengekalkan tahap pemfokusan, memproses idea dengan lancar, mendaftar, merumus dan menyimpan informasi. Sebab itu pelajaran yang kita minat lebih cepat dan mudah faham berbanding pelajaran yang kurang diminati.

Apabila pembentangan atau ucapan dilakukan dalam keadaan tergopoh gapah dan berdebar, pemprosesan idea sukar berlaku, menyebabkan kadangkala ucapan terhenti agak lama dipertengahan berbanding orang yang menyampaikan ucapan dengan penuh yakin, tenang dan percaya kebolehan diri.
Begitulah serba sedikit apa yang cuba disampaikan penulis, diharap entry ringkas ini dapat membantu pembaca sekalian membuat perubahan kearah melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa-masa mendatang insyaAllah.

percaya = harapan = tindakkan = hasil

p/s * : artikel ini hanyalah teori semata-mata jika pembaca tidak mengaplikasikanya didalam kehidupan seharian. Selamat beramal!!

2 comments:

patutlah saye sng paham subjek yg sy suka walaupun agak susah..tapi susah nk paham yg sy xsuke..huhu

emm begitulah, benda ni biasa kt dengar, an cbe tekankan...insyaAllah lame2 akn jd tabiat...