Saturday, January 9, 2010

renungan

Rahsia kekuatan ummat Islam pada sudut pandang Orientalis.

"Apabila umat Islam dinegara-negara Islam diberikan kebebasan dan mereka hidup dibawah naungan sistem demokrasi, Islam akan berkuasa dinegara-negara tersebut. Hanya dengan kediktatoran sahaja umat Islam akan dihalang daripada agama mereka" - V.K Smith, Orientalis Amerika, Pakar Hal Ehwal Pakistan

"Sesungguhnya bahaya sebenar yang menggugat tamadun kita ialah apa yang boleh dilakukan oleh umat Islam apabila mereka berjaya merubah sistem dunia ini" - Salazar, Orientalis Barat

"Apakah yang boleh aku lakukan apabila Al-Quran lebih kuat daripada Perancis" - Lacoste, Menteri Penjajahan Perancis 1962

"Apabila wujud pemimpin yang sesuai, yang bercakap dengan kata-kata yang sesuai tentang Islam, agama ini boleh muncul sebagai salah satu kuasa politik terbesar didunia ini sekali lagi" - William Montogmery Watt, Orientalis Britain

Orientalis-orientalis barat telah lama menyedari akan kekuatan-kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam, bilakah lagi ummat Islam akan sedar bahawa mereka memiliki kekuatan-kekuatan ini ?, bilakah lagi ummat Islam akan bersatu hati bagi mengembalikan kekuatan dan kemuliaan Islam yang dimiliki ? tepuk dada tanyalah iman. Berjihadlah sepenuh jiwa dan raga bagi mengembalikan ke'izzahan dan kemuliaan Islam, hanya ada dua pilihan terbaik buat mujahid dan mujahidah, hidup dengan mulia atau mati sebagai syuhada.....

3 comments:

blog ni cantik dan banyak info yang menarik..

syukran jazilan, begitu juga dengan blog saudara, ada keunikkan tersendiri..

Salam.. ana nak copy posting yang ni, boleh ye..syukran!