Friday, January 1, 2010

travelog hidup seorang hamba


Perasaan siapa yang tidak gembira apabila mendapat keputusan diterima masuk melanjutkan pengajian di universiti, diriku termasuk dikalangan mereka-mereka yang bertuah tersebut, "alhamdulillah"getus hatiku mengucap syukur sendirian kepada yang maha esa. Tanggal 29 Mei 2007 bermulalah perjalananku ke sebuah negeri yang tidak langsung pernah terfikir di benak pemikiranku untuk kesana, masakan tidak saudara mara sorang pun tiada, kawan-kawan apatah lagi. Perjalanan ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 8 jam itu, tidak terasa capek munkin diubati oleh perasaan yang gumbira. Mengapa tidak, hajatku untuk bergelar mahasiswa akan tercapai dalam masa 2 hari lagi!!. Doaku siang dan malam telah tuhan kabulkan, aku akan bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu..

5 bulan telah berlalu....rutin harian selaku bergelar mahasiswa tahun pertama sudah sebati mewarnai kehidupanku. Kekadang terasa bosan dengan rutin harian yang sama saban hari dan waktu, mujur ada rakan-rakan sebilik dan satu kursus, merekalah menjadi tempat aku membuang perasaan bosan, bergelak ketawa, tengok cerita, main game cukup untuk mengisi kekosongan jiwa aku ketika itu.
Pertama kali menjejak kaki di universiti, aku telah berjanji pada diri sendiri untuk tidak langsung melibatkan diri dalam sebarang organisasi, alasannya untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Pengalaman menjadi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar semasa di matrikulasi sudah cukup menyerikkan diriku. Terlalu sibuk dan padat masa yang perlu dipenuhi sehingga tidak dapat perform dengan baik dalam pelajaran.

Namun perencanaan tuhan melebihi segala-galanya, aku mula mengenali seorang senior di sebuah surau searas dengan bilikku, dari situ aku diperkenalkan dengan usrah. Aku tidak berasa pelik dengan istilah itu kerana sudah biasa telinga ini mendengarnya sejak di sekolah dahulu. Bermula pertemuan itu, corak pemikiranku mula berubah hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun. Tatkala diri merasakan hampir terlalai dan leka pada saat itu juga aku mampu memperbetulkan langkahku semula. Jiwa yang dulunya kosong terasa hidup semula, kata-kata yang sarat dengan ilmu dan nasihat dari seorang yang bergelar "naqib" memandu perjalanan hidupku sehingga ke hari ini.

Baru kusedar menjadi seorang pemimpin bukan sekadar mahu jika mahu dan dibiarkan tanggungjawab itu jika berasa tidak mahu. Dahulu diriku tiada matlamat dan halatuju mengapa aku perlu terlibat dengan berpersatuan??,mengapa perlunya diri ini mengintima'kan jiwa dan raga untuk dakwah, mengapa pula aku perlu tahu hal masyarakat??asal perut aku kenyang, hati gumbira, pelajaran aku maintain sudah cukup. Sungguh rupanya pandangan sebegitu jauh meleset dan menyimpang daripada realiti zaman pada hari ini, dizaman islam memerlukan tenaga-tenaga pemuda untuk berjuang. Ia bukan sekadar kemahuan bahkan tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap yang bergelar hamba tuhan. Semua itu menjadi kewajipan, kewajipan demi memastikan agama islam yang begitu indah ini dapat dinikmati seluruh makhluk langit dan bumi.


Realiti masyarakat pada hari tidak seindah sepertimana yang dijaja di majalah-majalah, televisyen-televisyen dan segala bentuk media pada hari ini, islam pada hari ini kembali dagang sepertimana era bermulanya islam yang dibawa nabi. Kekadang aku terfikir dalam keheningan malam, rupanya tuhan tidak mengizinkan diriku berada dalam kehidupan nafsi-nafsi, dia mahu hidupku sebagai seorang pejuang pembela agama, dia mahu hiburkan diriku dengan dakwah dan jihad, dia mahu aku bersama-sama dengan golongan yang mentaati dan menjunjung tinggi peritahnya, itulah Allah rabbul izzati. Kotak pemikiranku yang dahulunya tertutup daripada memahami realiti agama islam yang ku anuti, kini aku telah faham dan sedar, hijab pemikiranku telah terbuka untuk aku melihat dunia ini dengan pandangan yang jauh lebih luas. Akan ku teruskan langkah-langkah yang masih berbaki ini untuk menuju matlamat yang hakiki... syurga ilahi...


0 comments: