Thursday, February 11, 2010

aiyyuha syabab

Peringatan buat remaja islam, jangan kalian terperangkap didalam jerangkap samar halus musuh islam.

aiyyuha syabab,

tidakkah kau membuka lembaran sejarah,

dikala islam menaungi dunia,

bukankah pemuda penggerak utama.


kenalkah dikau wahai pemuda,

siapa Muhammad Al-Fateh,

siapa Ali b Abi Talib,

dan kesemua pelakar sejarah,

kegemilangan tamadun islam.


Andai bukan kerana pemuda,

pasti sejarah ketamadunan dunia kelam,

sanggupkah engkau mempersia,

peranan pemuda penggegar dunia.


aiyyuha syabab,

kuasamu mampu merubah,

kemampuanmu mampu mengugah,

sang penguasa zalim pemusnah,

dunia dan segala khazanah.


aiyyuha syabab,

jadilah engkau bagai singa dikala siang,

pahlawan gagah bersemangat juang,

dikala malam pipimu menjadi saksi,

alir air matamu menghadap ilahi.

itulah rahsia pemuda sakti,

yang telah berjaya melakar sejarah duniawi.


aiyyuha syabab,

aku pemuda engkau juga pemuda,

ayuh kuseru kalian semua,

jangan persia amanah bersama,

buatmu pemuda harapan agama.


-dari pemuda untuk pemuda-
-iskandarmuslim-

1 comments:

salam,

wahai pemuda pemudi Islam, kajilah mutiara di dalam al-Quran.. di sana banyak kisah-kisah perjuangan pemuda dan pemudi.. semoga Islam kembali menguasai dunia .. amiin..