Wednesday, February 3, 2010

latihan industri


Tuan,

PERMOHONAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU(UMT) UNTUK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN LAUT WILAYAH TIMUR

Dengan segala hormatnya, adalah saya diarah merujuk kepada surat tuan bertarikh 9 Disember 2009 mengenai perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini tiada halangan untuk menerima tuan menjalani latihan industri di jabatan ini mulai 12 April 2010 hingga 5 Julai 2010. Untuk makluman tuan, sepanjang tempoh latihan latihan industri tersebut tiada elaun disediakan.

3. Tuan dikehendaki melaporkan diri di ibupejabat Laut Wilayah Timur, Kuala Terengganu Jalan Hiliran 20300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada 12 April 2010 jam 8.30 pagi.

Sekian Terima kasih,

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

..............................................
(ROSILAWATI BT DAUD)
b.p Laut Wilayah Timur
Kuala Terengganu.


-Alhamdulillah-
- yang paling penting aku masih boleh menyumbang tenaga dan buah fikiran secara langsung untuk pejuang Islam disini -

3 comments:

tahniah2(^_^)/
dan selamat menjalani latihan industri..klau ada any interesting infos,do share wif us~

iskandarmuslim-sri : insyaAllah, that's my aim

bulan besar-amira : terima kasih (^_*)v