Saturday, February 6, 2010

what do you know about jihad


Alhamdulillah selesai juga Anual Grand Meeting baru-baru ni, pada masa yang sama memikul takhlifan dengan amanah yang lebih berat, apepun perjuangan tetap perlu diteruskan. Pemimpin sudah pasti tetap silih berganti, 'patah tumbuh hilang berganti' begitulah ungkapan paling sesuai untuk mengambarkan keadaan ini.


Jihad itu sendiri didefinisikan sebagai berjuang berhabis-habisan bagi mencapai satu matlamat yang diredahi Allah manakala lebih luas lagi didefinisikan sebagai berjuang dan berkorban bersungguh-sungguh menegakkan kalimah Allah dimuka bumi. Firman Allah bermaksud :

“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebener-benar jihad. Dia (Allah) telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah Millat (Din) orang tua kamu Ibrahim”

Maka istilah jihad fi sabilillah memberi pengertian satu perjuangan dengan pelbagai cara di jalan Allah. Menurut Ibnu Rushd jihad itu adalah perjuangan yang menyuruh setiap umat Islam menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka samada dalam bentuk pemikiran, amal, syarahan, semangat, keberanian, dan kesabaran dalam kesusahan dan juga harta benda. Ibnu Taimiyyah pula berpendapat hakikat jihad ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai Allah dan dari keimanan, amal soleh, dan menolak sesuatu yang dimurkai Allah dari kekufuran, kefasikan dan kederhakaan.

Tadhiyyah merupakan satu sifat yang wajib ada pada diri setiap individu muslim haraki. Inilah sikap atau sifat yang menjadi tunjang kemenangan Islam semasa baginda mengetuai misi da'wah. Firman Allah S.W.T:

”Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang beriman kepada Allah dan juga Rasulnya, kemudian mereka sanggup berkorban dan berjihad dengan (mengorbankan) harta mereka, dan nyawa mereka pada jalan Allah. Dan merekalah di kalangan orang-orang yang benar”.
(Al-Hujurat: 15)

1)jihad menentang hawa nafsu

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”
(As-Syams : 7-10)


2)jihad menentang hasutan syaitan

firman Allah S.W.T yang bermaksud :

Iblis berkata : " Tuhanku oleh sebab engkau memutuskan bahawa aku sesat pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik perbuatan maksiat di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba engkau yang mukhlis (yang mendapat taufik mentaati Allah) di antara mereka.”
( Al-Hajar : 39-40 )

3)jihad menentang orang kafir

Jihad ini bermaksud perjuangan menentang yang kufur kepada Allah dan jiwa mereka telah dikuasai oleh syaitan dan hawa nafsu. Golongan ini tidak bersikap baik dengan umat Islam dan tidak mahu risalah Islam berkembang ke seluruh dunia. Firman Allah :

”Sesungguhnya orang-orang kafir itu membelanjakan harta mereka untuk menghalang (manusia) dari jalan Allah. Mereka berusaha membelanjakan harta itu kemudian akan jadi sesalan mereka dan mereka akan dikalahkan. Dan ke dalam neraka jahanam orang-orang kafir itu akan dihimpunkan.”
( Al-Anfal :36 )

4)jihad menentang golongan munafik

Golongan munafik ialah golongan yang menyembunyikan kafir dan berpura-pura beriman, benci terhadap ketetapan Allah dan rasulnya, bersubahat dengan kuffar dan memusuhi Islam, suka menghasut, memecah belahkan kesatuan umat dan menghalang manusia dari mentaati perintah Allah. Disebabkan besarnya kejahatan golongan ini maka orang-orang mukmin wajib berjihad menentang mereka.

5)jihad menentang golongan zalim dikalangan pemerintah islam

Jihad menentang pemerintahan zalim bermatlamat untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang adil. Para ulama’ bersepakat bahawa umat Islam tidak boleh taat kepada pemerintah yang melakukan kekufuran dan melakukan perubahan terhadap hukum syarak. Wajib untuk umat Islam untuk menentangnya dan memecatnya serta melantik orang yang adil menggantikannya. Tidak boleh dikatakan bahawa seseorang itu pelampau atau penderhaka jika ia bangun menentang pemerintah yang zalim dan melakuakn kekufuran. Nabi s.a.w bersabda:

”Jihad yang sebaik-baiknya, ialah kata-kata kebenaran pada sultan yang zalim”.
(Diriwayatkan Abu Dawd, At-Tirmizi dan Ibn Majah)

Tarbiyyah merupakan umpama tulang belakang kepada sesebuah gerakan dakwah atau mana-mana individu. Sesiapa sahaja termasuk para rasul dan nabi-nabi ditarbiyyah agar kekuatan dari pelbagai segi dipertingkatkan. Oleh yang demikian, faktor yang menentukan keberkesanan tarbiyyah ialah adanya kesungguhan (jihad) dan pengorbanan. Contohnya Rasulullah sanggup dicaci, dihina, menolak tawaran kebendaan demi risalah Islam.

Jihad adalah satu perniagaan yang tetap menguntungkan seseorang mukmin menuju kepada keredhaan Allah. Sebagai seorang Islam adalah menjadi tanggungjawab menjaga dan memartabatkan Islam di atas muka bumi Allah ini. Meskipun telah jelas mengikut sunnatullah bahawa setiap perjuangan pasti diiringi dengan mehnah dan tribulasi, namun ia sebenarnya adalah sebagai peneguh keimanan dalam perjuangan. Sesungguhnya orang yang berjihad akan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

-Allahu ta'ala a'lam-

0 comments: