Friday, February 19, 2010

kau yang kusayang


wahai ayahku...wahai ibuku,
dikala aku menatap wajah redupmu,
hati kecilku tersentuh menggenggam pilu,
syahdu yang menikam Qalbu.

disaat aku semakin dewasa,
aku mula kenal erti kehidupan,
kau pula semakin membilang usia,
hanya doa ku utus membisik rinduku padamu,
disaat ku berjauhan darimu.

wahai ayahku...wahai ibuku,
sekali-kali aku tidak pernah lupa jasa2 mu,
membesarkan dan mendidik daku menjadi manusia,
manusia yang dahagakan agama dan kecintaan pada pencipta yang esa.

wahai ayahku...wahai ibuku,
ketahuilah bahawa anakanda mu amat menyayangi dirimu,
akan ku balasi setiap jerih perih yang kau curahkan untuk membesarkan daku,
akan cuba apa yang ku terdaya walau ku tahu tidak terbanding,
namun itulah yang mampu ku berikan,
sebagai tanda sayangku padamu ayah dan ibu.

masih ku ingat ketika kecilku,
kau mendidikku dengan ketegasan,
kau mangasuhku dengan kelembutan,
kerana disana ada penafsiran,
yang tidak mampu ku mengerti dikala itu.

ya tuhanku yang maha mengasihani,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara daku,
berilah kekuatan kepada mereka ya robbul i'zzati,
untuk mereka beribadah kepadamu.

panjangkanlah umur mereka ya robbi,
berikanlah daku kesempatan untuk berbakti kepada mereka,
agar mereka dapat melihatku sebagai insan berguna,
kepada agama, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Ameen ya robbal a'lameen...

~sajak khas ku nukilkan buat ayahanda dan bondaku tercinta~
~sayangilah mereka, berilah layanan paling istimewa buat mereka selagimana kita masih diberi peluang berbuat demikian~

4 comments:

Mashaallah, rindunya pada wajah ayahanda dan bonda yg pabila menatapnya,hati jadi tenang,mengalir barokah dlm nubari..syukron for a beautiful poem.

syukron, sumber inspirasi paling hebat ialah ayah dan ibu kita sendiri, sayangilah mereka selagi masih ad peluang berbuat demikian..

This comment has been removed by the author.