Thursday, February 4, 2010

rezeki milik siapa


Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di simpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata

Tahu tak sahabat antara penyebab utama ramai dikalangan penyokong dan pendokong agama Allah lari atau futur daripada perjuangan ? antara penyebabnya ialah sepertimana tajuk diatas. Ini terjadi kerana mereka beranggapan bahawa manusia yang memberi rezeki kepada mereka, bukankah Allah telah menjelaskan didalam Al-Quran bahawa Allah maha pemberi rezeki, bukankah Allah telah menetapkan rezeki kita sejak di luh mahfuz lagi ?

Inilah antara cabaran besar yang dihadapi kebanyakkan pejuang agama Allah (Na'uzubillahi min zalik), penulis menyeru dan mengajak semua pejuang yang ikhlas memperjuangkan agama Allah agar berpegang sungguh-sungguh dengan surah Hud ayat 6 diatas mudah-mudahan menjadi peneguh dan penguat kepada diri kita semua untuk terus tsabat didalam perjuangan ini.

Memang didalam menyelusuri jalan para nabi kita tidak akan dihampar dengan permaidani merah, tidak dikalung dengan bunga-bungaan indah bahkan diwarnai dengan luka dan darah yang merah, dilempari cacian demi cacian, inilah yang pernah dilalui para anbiya terdahulu. Tetapi percayalah sekiranya kalian (pejuang agama Allah) sabar dan yakin akan apa yang difirmankan Allah nescaya kita semua akan menjadi hamba Allah dan umat yang paling mulia.

-mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dikalangan mereka yang lari dari perjuangan, ameen-

0 comments: