Tuesday, September 28, 2010

ini sahabat ambe


Assalamualaikum kengkawang sume, pe kabo ? moga sihak sokmo blake deh, ameeen. Untuk kali ni ambe nak post citer tentang sorang sahabat ambe nih. Sebenornyer ambe banyok saeng2 tapi saeng yang dapat dikategorikan sebagai sahabat nih agak limit bilangangnyer nok dibandingkan dengan saeng2. Sebab tulah kehilangan seorang sahabat umpama kehilangan 100 saeng bagi ambe (fahang dop ahu mung nih)

Sahabat ambe yg bergambor romantik berdue atah nung namenyer Idris B Jalani. Gambor kat atas tu mase kitorang ondaway nak balik raye ikut jalan grik-perak, dalam ondaway tu singgah umah banglo azizul "saeng" ambe yang baru grade kat kulim kedah. Tahu dok lagu mane kitorang leh bersahabat ? komfemlah korang tak tahu kan. Persahabatan kami adalah kerana kami mempunyai satu matlamat dan halatuju yang same.

Nak tahu ape ? iaitulah mengalas dan memikul tangungjawab untuk menyebarkan obor risalah islam kepada masyarakat kampus kitorang, atas matlamat dan tujuan itulah kami menjadi bersahabat, satu darjat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan "saeng" sekos ambe. Kami bersahabat bukan kerane ade pape kepentingan2 sendiri tapi kerana bersahabat kerana kepentingan agama kami iaitu Islam.

Dengan matlamat dan halatuju yang same ni ukhuwah diantara kami bertaut erat umpama akar dan tanah, dengan akidah yang satu ini segala susah payah, jerih perih dan onak duri kami teguh berdiri menempuh semuanya kerana ape ? iaitulah demi Islam. Apa yang membezakan dengan saeng sekos ambe adalah "fikrah" ataupun pemahaman mereka tentang tuntutan atau tangungjawab sebagai da'ie, itu je. Walaupun gitu ambe sentiasa memasang impian agar saeng2 ambe ni satu hari t leh menjadi sahabat ambe yang sedar peranan dan tangungjawab mereke terhadap islam.

Berbalik kepade citer sahabat ambe tadi, apa jerih perih, susah payah dan ujian mencabar yang kami tak rase, pahit, masam, masin, manis dan kelat ade blake dalam usaha untuk melaksanakan amanah yang terpikul kat kepale ni. Tapi yang pasti sirah perjuangan nabi terdahulu menjadi pembakar semangat dan kekuatan kepada kami kerana para anbiya terdahulu ujian mereka tempuh jauh lebih sukar jika nak dibanding dengan apa yang kitorang rase ni.

Selame 4 tahun kami dan juga sahabat-sahabat lain berusaha sedaya yang termampu untuk nak melihat biah solehah menyinari kampus kami dan insyaAllah perjuangan ini pasti akan diteruskan oleh generasi akan datang, merekalah yang akan menjadi mata rantai yang akan menyambung tugas yang telah diamanahkan oleh para nabi dan rasul ini. Kami bukan pemula dan mudah mudahan bukan juga pengakhirnya insyaAllah.

Sekarang kami dah diambang untuk meninggalkan kampus yang telah banyak melakar sejarahnya yang tersendiri, disinilah segalanya bermula, pertemuan dengan segolongan manusia yang cintakan islam dan faham tuntutan peranan sebagai seorang muslim, disini jugalah tempat yang telah merubah diriku yang baru yakni yang mampu untuk menafsir makna kehidupan yang sebenarnya.

InsyaAllah untuk adik-adik yang bakal menyambung mata rantai dakwah ini, kami sekali-kali tidak akan membiarkan kalian keseorangan terkontang kanting meninggalkan kalian semua, terkapai-kapai mencari arah panduan untuk mengembalikan semula kegemilangan yang pernah generasi terdahulu rintiskan. Kami juga tidak akan pernah mengabaikan peranan kami membimbing kalian walaupun kami sedar diluar sane akan ada lebih banyak cabarang yang menanti.

p/s * pesanan untuk rakan seangkatan ambe yang tak lame lagi nak meninggalkan kampus, jangan hanya dikampus kita lantang bersuara, hebat disana sini tapi setelah keluar semakin senyap dan langsung dok care ke mata rantai peyambung risalah islam nih, biarlah kita hebat di kampus dan hebat juga membantu generasi terkemudian walaupun setelah bergraduat, pastikan setiap dari kita tetap ada sumbangan dan peranan untuk membantu. Peringatan untuk diri sendiri juga sahabat-sahabat sekalian. Allahu ta'ala a'lam

0 comments: