Friday, September 24, 2010

sahabat


dari kiri : hafizudin(junior tahun 1), faiz(pegawai sains), Azizul(pengurus syarikat), Hamiz(usahawan berjaya), Idris(pegawai perladangan), penulis(usahawan berjaya)


Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya,Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu,Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya.

Andai kau ingin seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin kan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa Jangan diharapkan sempurna Kerana kau juga tidak sempurna..

Tiada yang biasa-biasa Menjadi satu yang sempurna. Tapi bersahabatlah kerana Allah

Bersahabatlah kerana aqidah Islam Bersahabatlah kerana kita saudara fillah,Yang sama-sama dinaungi Islam InsyaAllah...