Saturday, October 2, 2010

tarbiyyah vs terbiar

buat pemuda


Assalamualaikum pejuang-pejuang islam sekalian khusus ku tujukan posting ini buat pemuda kerana aku pun pemuda jugak. Dalam usaha kita untuk melaksanakan tuntutan ataupun kewajipan menegakkan negara islam yang telah sedia kita semua fahami samada melalui pembacaan, kuliah agama yang kita yang kita hadiri dan sebagainya, ia tidak semudah atau sewenang2nya untuk dilakukan secara menkhinzir buta atau membutakan khinzir, sebaliknya ia perlu melalui satu disiplin dan proses yang sangat panjang iaitulah yang diistilahkan sebagai tarbiyyah harakiyyah.

Dengan tidak melalui proses tarbiyyah yang betul adalah mustahil mana-mana pejuang islam mampu untuk menjadi pejuang yang benar2 mempu menggalas dan memikul tangungjawab dan amanah yang cukup besar ini. Atas sebab itulah proses ini sentiasa berterusan dan hanya akan berhenti setelah kita menghadap Allah didalam syurga kelak insyaAllah. Kita semua biasa dengar sirah nabi yang menceritakan bagaimana proses yang begitu panjang tarbiyyah Allah kepada nabi Muhammad sebelum baginda diangkat menjadi rasul.

tarbiyyah nabi

Bagaimana sejak dari kecil nabi telah dibina ciri2 dan karakter2 seorang pejuang yang sejati khusus oleh Allah melalui ujian2 dan rintangan yang dihadapi sebealum diangkat menjadi rasul pembawa risalah islam. Antara yang sempat penulis criter di ruangan yang sempit ini adalah tarbiyyah Allah kepada nabi melalui pekerjaan mengembala kambing yang dilakukan oleh nabi ketika masih kecil yang bertujuan melatih sifat sabar yang cukup tinggi dalam usaha untuk menyebarkan risalah islam. Kisah ini juga mengajarkan kepada kita pemuda islam agar mempunyai sifat sabar yang cukup mantap dalam diri untuk melepngkapkan ciri2 pejuang islam yang tulin.

Pejuang islam pasti akan diuji dengan pelbagai ujian samada dari aspek fizikal dan juga emosi, jika tiada sifat sabar dalam diri pemuda sudah pasti kita akan terpedaya dengan semangat darah muda yang akhirnya akan membinasakan diri sendiri dan juga kepada perjuangan islam itu sendiri.
Pejuang2 islam yang dikasihi sekalian, antara ibrah lain yang dapat kita gali dari sirah nabi ialah hikmah Allah mengambil kedua orang tua baginda sejak baginda masih kanak 2 lagi, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Allah ingin mendidik nabi supaya meletakkan pergantungan semata-mata kepada Allah dan bukan kepada makhluk. Ini adalah ciri terpenting yang perlu ada dalam diri pejuang2 islam masakini. Banyak lagi sirah2 nabi yang mengajar kita bagaimana proses tarbiyyah itu berjalan, nak tahu ?? bacelah sendiri

tak semudah Air Batu Campur

Imam Assyahid Hassan Albanna pernah menyebut dan biasa juga kita ulang didalam usrah "tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang kita ada. U know whats the meaning of tiger is that? maksudnya ialah masa 24 jam yang kita ada tapi tangungjawab yang perlu dilaksanakan ada lebih dari 24 jam yang kita ada(mesti x faham lagikan, ambe pon tak faham). Hah ayat mudah ginilah, maksud ye nak kabo ialah tangungjawab kita terhadap islam tak pernah habis sentiasa ada dan bertambah, atas faktor tulah kita sebagai pejuang islam ni memang tak leh lari dari merasai kesusahan, keletihan, kekurangan dan kesengsaraan kerana itulah nilaianya untuk kita mengecapi kemenangan.

Malas plak ase nok gne ayat skema, tkar sleng ganu ah. K, sahabat2 pemuda sekalian, bukan mudoh ye nak bawok islang ni, kalau kite takde persediaan yang cukup samada dari sudut keilmuan, kemahiran dan kesanggupan untuk mengorbankan harta, jiwa, masa dan sebagainya. Sebab tulah penting sangat untuk ditekankan bab tarbiyyah ni kepada mane2 yang ingin menjadi pejuang islam dan calon2 yang bakal memasuki syurga Allah. Kalau nak melaksanakan amanah islam tu semudah air batu campur, agok2 ape yang akan jadi ? Sudah pastilah manusia ni tidak akan dapat mempelajari apa2 dan proses mentarbiyyah diri tu dok berlaku ane. Inilah tapisan2 Allah untuk melihat mane dikalangan hambe2nya yang betol2 menginginkan syurga Allah.

tak cukup tarbiyyah

"kami tak cukup tarbiyyah, kami terbiar" adekah selesai masalah dengan ungkapan sebegitu ? tarbiyyah2 ni tangungjawab sape benornyer ? adekah dengan mengharapkan program2 yang diaturkan semata2 dan hanya ketika itu baru mengatakan "inilah tarbiyyah". Tarbiyyah yang paling berkesan adelah dengan meletakkan dalam diri rase tangungjawab dan kesedaran mengapa perlunya diri aku ni ditarbiyyah, setelah itu barulah tidak akan ada sungutan2 yang menyalahkan orang lain kerana tidak merangka program2 tarbiyyah.

Tarbiyyah bukan hanya diperoleh ketika di program sahaja atau dengan mendengar ceramah sahaja tapi setiap saat, minit, jam dan juga hari perlu kita mentarbiyyah diri sendiri sesuai dengan maksud tarbiyyah itu sendiri adalah proses pendidikan yang sangat panjang sebelum betul2 dapat melahirkan individu yang kuat dan tabah memikul amanah islam. perlu diingat memikul amanah islam diakhir zaman ini, kita tidak sekali2 akan dihamparkan dengan permaidani indah tapi pasti dan pasti akan dilempar dengan darah yang merah, itulah sunnah orang berjuang. InsyaAllah akan2 datang penulis akan kongsikan lagi koleksi perbincangan usrah penulis kepada sahabat2 semua, moga ada manfaat buat diri ambe dan pembaca semua.


"IsLaH NaFsAk, WaD'u GhaIrAk"

0 comments: