Thursday, December 9, 2010

inilah aku

Assalamua'laikum buat sahabat-sahabat blogger dan pengunjung teratak ku ini. Hampir seminggu rasanya tak di update blog ini atas kesibukkan berjuang melaksanakan tangungjawab yang tidak pernah habis, berjuang untuk membentuk keperibadian muslim yang sejati walaupun diri ini penuh dengan seribu satu kekurangan dan kelemahan sebagai insan biasa bergelar manusia.

Bulan 12 ni merupakan cuti semester bagi tempat pengajian penulis, memang lengang suasana di kampus ketika ini. Tetapi bagi penulis cuti ke tak semuanya sama sahaja, tetap cool and steady, tiada apa yang membezakan terma perkataan tersebut. Ditambah pula di saat-saat akhir pengajian tumpuan hanya pada projek tahun akhir.

Dikesempatan ruang masa yang banyak dan jadual kuliah yang lebih sedikit berbanding semester-semester sebelumnya, penulis mengambil peluang ini untuk berkerja secara sambilan tidak jauh dari tempat pengajian penulis. Kata orang "sambil-sambil menyelam tu minum air" aish betul ke pepatah ni ? kerja apa yang penulis buat tu tak perlu tahulah ye yang penting halalan toyyibah.

Dengan pengalaman yang singkat belajar sambil bekerja setakat beberapa hari bermula, penulis dapat merasakan betapa perlu kepada pengurusan kehidupan yang bijak dan bersistematik. Mana taknya bila bekerja kita bertangungjawab kepada majikan, pada masa yang sama bertangungjawab kepada akademik, organisasi, keluarga dirumah dan banyak lagi tangungjawab-tangungjawab lain.

Penulis dapat merasakan perlunya hidup ini lebih tersusun dan bersedia untuk belajar serba sedikit keadaan hidup selepas alam pengajian yang sudah barang pasti cabaran dan tangungjawab yang akan dipikul lebih banyak dan bertambah. Kekadang macam sebelum-sebelum ni ikut apa yang terlintas difikiran baru dibuat, perancangan yang telah dibuat pun belum tentu dapat diikuti semua dek kerana banyak perkara-perkara diluar jangka yang datang secara tiba-tiba.

Tapi apepun itulah pengalaman hidup yang insyaAllah dapat mematangkan fikiran dan cara berfikir seorang insan yang bernama shahrul akbar. Aspek pengurusan kendiri cukup penting kepada kita semua, dengan pengurusan kendiri yang baik insyaAllah tidak akan terabai semua perkara penting yang telah dipertangungjawab kepada kita dan semua kerja-kerja yang kita lakukan akan dapat dioptimumkan perlaksaaannya.


0 comments: