Tuesday, December 27, 2011

politik matang hasan


Ulasan Shahrul Akbar - Alhamdulillah diharapkan isu mutakhir ni yang membabitkan Dr Hasan Ali dan beberapa pemimpin didalam PAS telah selesai dengan permohonan maaf beliau kepada pimpinan parti atas kenyataan yang dikeluarkan beliau sebelum ni.

Ini menggambarkan sikap profesional dan berjiwa besar yang dimiliki beliau selaku orang pemimpin kanan PAS negeri selangor dan juga AJK pas pusat. Penulis percaya sikap yang matang ini turut mencerminkan akhlak yang tinggi keseluruhan kepimpinan yang ada didalam parti islam tertua di negara ini melalui pentarbiyahan dan disiplin yang berterusan diamalkan setiap anggota parti baik dari ahli biasa sehinggalah ke peringkat tertinggi.

Sikap begini amat susah untuk dilihat dikalangan pemimpin parti memerintah hari ini iaitu be end, rakyat dapat melihat sendiri politik ego ingin menjadi jaguh sehingga mengadaikan prinsip parti yang konon memperjuang bangsa tapi hakikatnya menjahanamkan bangsa apatah lagi agama, bagi pemimpin umno asal RM semua beres.

Munkin ada sedikit kekesalan yang penulis lihat terhadap segolongan kecil penyokong yang terus sahaja melemparkan kata-kata kurang enak seperti mengeji dan mengutuk Dr Hasan Ali terutama didalam laman cyber ketika tengah hangat isu membabitkan beliau baru-baru ini. Sepatutnya bukan itu caranya sebagai penyokong lebih-lebih lagi sebagai ahli gerakan islam.

Jika berlaku lagi ribut kecil melibatkan pimpinan utama parti, sebagai ahli yang terdidik dengan tarbiyah jangan terus melatah memaki serta mengutuk, tetap perlu kepada akhlak yang terkawal dan husnu dzon kerana sudut pandang sebagai ahli biasa tidak sama dengan mereka yang pernah terlibat di peringkat atas, overviewnya munkin sedikit berbeda, biarkan pimpinan utama menyelesaikan dengan cara yang baik.

Peringatan ini penting untuk sama-sama dihayati kerana sebagai parti memerintah in waiting, akhlak sebeginilah yang membezakan kita dengan pihak lawan, jangan sampai nanti dikatakan tiada beza antara parti yang membawa risalah islam dengan pihak musuh lantaran sikap tidak profesional ahli, tugas ahli tumpukan terus kepada gerak kerja selagi kuasa belum dipegang. InsyaAllah mudah-mudahan ribut kecil ini mengeratkan lagi ukhuwah diantara kepimpinan pusat khusunya di selangor untuk terus mara mempertahan kemenangan.

"Islam is the only solution"
"tumbangkan be end negara, agama dan bangsa melayu selamat"
"vote for Pakatan Rakyat in this PRU13 election"



0 comments: