Tuesday, October 14, 2008

Amalan Rasulullah dalam Menyambut Syawal..(^_^)

Ibadah puasa di sempurnakan selama sebulan disertai dengan ibadah-ibadah lainya seperti solat tarawih pada malam-malam ramadhan, bertadarus quran,qiamulail, zikrullah dan berdoa sebagainya.Amalan-amalan ini telah meleburkan dan membersihkan segala dosa sehingga keadaan diri mereka seolah-olah kembali seperti bayi yang baru dilahirkan.

Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat islam yang telah berjaya menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan ramadhan, hadirnya Syawal,diri mereka telah bersih daripada dosa dan mereka sepatutnya benar-benar menjadi orang bertakwa.Inilah matlamat ibadah puasa sebagaimana firman Allah yang bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu sebelum kamu,semoga kamu bertakwa,

Sunnah baginda dalam menyambutAidilfitri adalah dengan banyak bertakbir,bertahmid,bertasbih dan bertahlil seawall bermulanya malam 1 Syawa.Ia dilakukan samada secara berjamaah atau bersendirian di masjid, surau atau di rumah bersama keluarga.Bahkan pada zaman Rasulullah takbir itu dikumandangkan sehingga ke jalan-jalan, rumah-rumah dan masjid.

Sunnah baginda S.A.W juga umat islam memperindahkan diri untuk tampil kemas, segak dan bergaya pada hari raya mulia.Berwangi-wangian dan berwarna-warni sebagai manifestasi kegembiraan menyambut hari kemenangan bagi mereka yang menyempurnakan tuntutan ramadhan.

Di sunatkan pada pagi 1 Syawal umat islam mandi, bersihkan diri, rapikan seluruh anggota badan sebagaimana di jelaskan dalam hadis ibn Umar di dalam kitab Muwatta’, bahawa Rasulullah S.A.W mandi pada pagi Aidilfitri sebelum Baginda bertolak ke masjid.

Di sunatkan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.Hadis Anas B Malik yang menjelaskan bahawa Baginda S.A.W makan kurma dengan bilangan yang ganjil(3,5,7 dan sebagainya) sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Kemuncaknya pada Hari Raya Aidilfitri ini adalah solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbahnya.Sunat pula pergi menunaikan solat itu dalam keadaan berjalan kaki(Hadis Ali B Abi Talib dalam sunan Tarmizi).

Di dalam sahih imam Muslim disebutkan bahawa Baginda S.A.W menunaikan solat sunat Aidilfitri dengan membaca surah Al-‘Ala pada rakaat pertama dan Ghasyiah pada rakaat kedua.

Baginda S.A.W juga menyuruh umat Islam datang ke lapangan terbuka agar mendengar khutbah hinggakan kepada kaum wanita,tidak kira yang tua atau muda,yang uzur atau sebaliknya.

Pada Aidilfitri yang indah,sunat bagi kita memakai pakaian yang terbaik dan tercantik.Imam Baihaqi ada menyebutkan bahawa Ibn Umar menjelaskan bahawa Baginda Rasullullah S.A.W mengenakan pakaian yang terbaik dan tercantik bagi meraikan kedua-dua hari kebesaran Islam Aidilfitri dan Aidiladha.

Pada hari lebaran ini sunat bagi kita umat Islam mengucapkan tahniah dan selamat, disamping saling berdoa agar amalan-amalan kita sepanjang Ramadhan diterima Allah.

0 comments: