Friday, January 2, 2009

SayaNGi UlaMa'...(^_^)v


Assalamu'alaikum,pagi ni is nak berkongsi sikit pengalaman semasa pergi mendengar kuliah agama Ustaz Azhar Idrus tadi.Sahabat yang masih tak kenal lagi siapa Ustaz Azhar Idrus munkin jugak boleh dikatakan agak ketinggalan,mane taknye bila taip je nama ustaz ni kat Youtube,banyak ceramah-ceramah beliau yang boleh kita download.Walaupun is berasal dari Selangor,rasa teruja bila dapat mendengar ceramah beliau secara live kat Terenganu.Sebelum ni hanye dapat mendengar kuliah beliau di CD atau download di internet.

Ustaz Azhar memang ada kuliah bulanan beliau setiap jumaat malam minggu pertama di surau Pak Tuyu tak jauh pun dari rumah sewa is.Kelapangan masa yang ada is manfaatkan untuk pergi bersama sahabat serumah untuk ke kuliah agama beliau.Setelah menghidupkan enjin motor terus is bergerak menuju ke Surau Pak Tuyu.Sesampainya is di sana is dapati keadaan di surau tersebut penuh sesak dengan jemaah surau yang sedang menungu kedatangan ustaz dengan penuh sabar,sebahagian jemaah ada yang sudah memenuhi bahagian dalam surau.

Dalam is memerhati suasana disana terdetik di hati is bagaimana seorang ustaz yang begitu bersahaja penyampaianya mampu menarik kehadiran begitu ramai orang untuk mendengar ceramahnya.Loghat Terengganunye yang pekat membuatkan jemaah tak bosan mendengar di tambah dengan lawak selamba ustaz menyebabkan sesiapa yang mendengar pasti ketawa.Munkin inilah kekuatan yang ada pada ustaz menjadikan ceramah beliau sentiasa mendapat tumpuan walau dimana-mana saja.

Pada malam tu tajuk yang dibawakan oleh ustaz ialah tentang rumahtangga.Sedang asyik mendengar kuliah beliau,sedar tak sedar jam sudah pukul 9.45 pm dan kuliah ustaz berakhir jam 9.55 pm.Akhirnnya is bersama sahabat pulang ke rumah dengan membawa khazanah ilmu yang sungguh bernilai untuk di praktikan dalam kehidupan is,
jumpa lagi dlm post akan datang,slm'alaik.

0 comments: