Wednesday, March 31, 2010

cetus aura perubahan


Assalamualaikum sahabat sahabiah pengunjung setia yang diraikan, baru-baru ini penulis telah dijemput oleh seorang sahabat untuk memberi sedikit tazkirah maghrib semasa program solat hajat perdana sempena menjelangnya minggu peperiksaan, program tersebut dikelola oleh kelab kimia UMT. Ratusan pelajar menghadiri program tersebut sekaligus menjadi pengalaman pertama penulis berhadapan dengan hadirin seramai ini.

Antara tajuk yang diberi untuk dibincangkan pada malam itu bertajuk persediaan mahasiswa kearah kecemerlangan akademik. Pertama kali membaca tajuk tersebut, terdetik dihati penulis "aku tidak layak untuk membahaskan tajuk ini", namun setelah difikir-fikir penulis menerima juga tajuk tersebut namun akan dikupas dari sudut pandang agama islam itu sendiri, kepercayaan yang diberi kepada penulis tidak akan dipersiakan.

Semasa ceramah disampaikan penulis lebih menekan akan peri penting sebagai seorang mahasiswa islam "menghayati" akan konsep tawakal kepada Allah dalam segenap bidang yang diceburi, itulah kunci kejayaan umat-umat terdahulu dikala zaman islam begitu cemerlang dan gemilang. Namun seringkali kita pada hari ini menyalah ertikan akan konsep tawakal itu sendiri sehingga mengabaikan usaha dan ikhtiar yang perlu dilaksanakan.

Selain daripada tawakal kepada Allah, antara petua kecemerlangan yang penulis kongsi dengan para hadirin pada malam tersebut ialah kuasa solat dalam pembentukkan jiwa muslim. Umum kita mengetahui solat lima waktu sehari semalam seakan menjadi satu rutin bagi kebanyakkan pelajar, tetapi yang menjadi persoalanya mengapa umat-umat terdahulu juga turut solat lima waktu, tetapi mengapa umat islam dahulu begitu hebat tetapi tidak umat pada hari ini, dimana silapnya, persoalan itu penulis lontarkan kepada semua yang hadir untuk turut sama memikirkan akan hal ini.

Antara penyebab utama yang telah penulis sentuh ialah kualiti solat yang kita lakukan adakah setaraf dengan solat semasa kita di umur belasan tahun dahulu, pernahkah mahasiswa prihatin untuk menjaga dan berusaha meningkatkan kualiti solat seiring dengan bertambahnya umur? itu yang perlu ditanya kepada diri masing-masing. Kalau didalam hal akademik semenjak kita mengambil UPSR, PMR, SPM, STPM, MATRIKULASI sehingga ke alam UNIVERSITI ketika begitu prihatin untuk memastikan setiap peperiksaan ini mendapat keputusan yang cemerlang tetapi pernahkah kebanyakkan kita cakna untuk memastikan solat kita berada pada tahap yang paling baik dari segi tajwidnya, faham akan maksud setiap rukun dalam solat beserta falsafah solat itu sendiri?

Jadi jangan pelik dan hairan jika usaha kita untuk mendapatkan kecemerlangan didalam akademik tidak dimakbulkan Allah, malah perlu kepada muhasabah diri akan penyebab kepada perkara-perkara sedemikian munkin juga kita terlepas pandang atau tiada yang memperingati. Penulis banyak menyentuh perbandingan umat islam yang pernah gemilang suatu ketika dahulu dengan umat islam pada hari ini agar semua yang mendengar terbuka pemikiran mereka dan memberikan sedikit momentum kepada perubahan diri, walaupun sedikit perubahan yang terkesan terhadap para pendengar itu sudah dikira mencapai objetif penulis pada malam tersebut.

Umat terdahulu bilamana mereka mendengar nama Allah disebut, mereka berasa gementar yang mendorong untuk mereka taat dan patuh kepada segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya, bila azan dikumandangkan mereka bergegas mendirikan solat dan meninggalkan segala pekerjaan dunia, tetapi adakah mahasiswa islam pada hari ini gementar hati mereka bila nama Allah dikumandangkan? adakah bila azan berkumandang mahasiswa-mahasiswa meninggalkan pekerjaan lain untuk menyegerakan solat berjemaah? jadi tidak hairanlah jika umat pada hari ditindas bangsa lain dan jauh ketinggalan di belakang, puncanya bila meninggalkan suruhan Allah dan tidak bersungguh-sungguh berpegang dengan islam sebagai cara hidup.

Akhirnya penulis membuat kesimpulan tazkirah pada malam tersebut dengan membacakan sepotong ayat dari surah at-tolaq ayat 2-3 yang bermaksud " sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memberinya jalan keluar dari segala kesusahan dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan barangsiapa yang beratawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan segala keperluannya" harapan penulis agar pengisian yang diberikan pada malam tersebut memberi sedikit sentuhan aura perubahan kepada hadirin yang hadir, mudah-mudahan ia menjadi saham pahala buat penulis diakhirat kelak.

2 comments:

good job!tepukan untuk diri sendiri..moga usaha yg dilakukan diberkati Allah.Allah pandang usaha kiter bukan hasilnya..kan3

Bagus jugak tekankan tntg tawakkal..coz tawakkal jelah yg bezakan kiter nge org kafir la'natullah tu..dgn tawakkal kite redha dgn segala ketentuan Ilahi.dgn tawakkal juge kiter sabar menempuh sgla takdirNya..

smoga penulis dirahmati n diberkati Allah aamin

ye setuju!!Allah x tnya berape banyak sumbangan kita pada islam, tp Allah tnya kamu buat ke x..same2lah usehe setakat daya yang termampu...mg Allah berkati kamu jua..tepukan tok diri sendiri aidhon..hu2