Friday, March 26, 2010

fikrah da'ie

Assalamua'laikum sahabat sahabiah yang disayangi sekalian, ambe cuba mengambil sedikit masa untuk menaip posting ni sempena minggu peperiksaan yang bakal tiba esok lusa. Disamping bertungkus lumus kita berusaha berjihad dalam akademik jangan kita abaikan tawakal atau kebergantungan kita terhadap Allah yang maha berkuasa.

Usaha kita bukanlah penentu mutlak kejayaan sebaliknya adalah rahmat dan rezeki daripada Allah, usaha tidak membawa apa-apa erti jika sedikit tawakal kita pada Allah. Tawakal adalah sebagai tanda iman dan yakin kita kepada Allah manakala usaha itu sebagai bukti kita taat kepada perintah Allah dan hasilnya insyaAllah kejayaaan yang diberkati dan diredhoi.

Perumpaan yang boleh dibuat antara rezeki dan usaha yang kita lakukan ibarat takungan air yang dikelilingi oleh padi yang kering kontang, air tadi diumpamakan seperti rezeki yang telah Allah tetapkan untuk kita manakala usaha pula adalah bagaimana kita lakukan untuk memastikan air takungan tadi dapat mengalir ke seluruh padi yang kering kontang tadi..ade faham???? Jadi berpegang teguhlah dengan konsep tawakal kerana inilah yang membezakan antara mahasiswa islam dengan mahasiswa non muslim kerana mereka tidak ada konsep sebegini dalam ajaran agama mereka.

Justeru dengan kuat tawakal kita pada Allah setelah kuat usaha kita barulah jiwa akan lebih tenang dan tenteram, result bagus pun tenang, kurang bagus pun tenang, tenang tenang dan tenang inilah yang kita mahukan iaitu jiwa yang tenang.
Namun jangan sekali-kali kita salah faham plop tentang konsep tawakal ning(tukar mode ganu lah plop).

Tawakal ning bukanlah maksud ye pasroh semate-mate tanpa ada usahe dan mengharapkan keajaiban berlaku, contoh dah tahu rezeki, jodoh dan ajal maut Allah dah tetapkan so dok yoh wat menape alasanyer dakpe Allah dah tetapkan dah..saloh tu tau..rezeki pon kene usahe carik, jodoh pon kene usahe carik tapi maut jangan dicarik plop boh(tapi kene usahe menjaga diri sendiri dari perkare yang buleh memudhoratkan).


Akhir kalam, sebagai mahasiswa muslim jihad akademik adalah salah satu daripada agenda islam bermaksud disamping menjaga akademik niatlah dihati bahawa "aku mahu akademik aku baik agar denganya dakwah aku akan lebih mudah diterima masyarakat" apa saje usahe kite lakukan jangan kesampingkan matlamat dan tujuan asal kita iaitu sebagai hamba Allah. Moga kita semua sentiasa berada dibawah naungan redho Allah.

seinfiniti terima kasih kepada sahabat yang banyak membantu dan mendorong diriku,
moga doa yang kamu yang berikan mengiringi kejayaan yang bakal menantiku,
aku juga manusia biase, tiada apa yang hebat pada diriku
melainkan mempunyai sahabat yang hebat
seperti "kamu" - sharul akbar


sAlaM sAyaNg dAriKu!!! ( ^_-) v

2 comments:

Salam.

Selamat menempuh peperiksaan, semoga berjaya dengan cemerlang. Semoga mendapat kebaikan dunia dan akhirat. Amiin

syukron..doakan kejayaan saye dunia akhirat