بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم
Kala Cinta Memanggil..
Kala Cinta Memanggil..
Cinta? Jarang orang berbicara tentang cinta , rindu dan cemburu. Ramai juga yang selalu terlalu prejudis terhadap cinta. Menganggap cinta dan rindu sebagai suatu perkara yang buruk dan menjijikkan.
Siapa? Golongan yang paling ramai berpandangan sedemikian ialah para remaja. Sehingga ada segelintir remaja yang menyalah ertikan tentang maksud cinta dan rindu sehingga terlalu berlebih-lebihan di dalam melaksanakan maksud cinta yang dicipta oleh mereka dengan melakukan perkara-perkara maksiat. Tidak dapat dinafikan ada yang sanggup berzina dengan pasangannya hanya dengan menggunakan istilah “ cinta” dan “rindu”.
Namun.. Mungkin kerana wujud golongan yang menyalahgunakan erti sebenar cinta , maka golongan remaja yang menjaga peribadi mereka juga turut memandang serong terhadap cinta. Katanya berdosa cintan cintun ini...
Apa itu Cinta ? Apa itu rindu?
Cinta juga makhluk. Rindu juga makhluk ciptaan Allah taala. Seseorang akan menjadi musuh terhadap sesuatu yang dia tidak kenali dengan mendalam. Kalau ingin membenci cinta maka sepatutnya perlu berlaku adil padanya. Perlu kenal apa itu cinta terlebih dahulu. Perlu kenal apa itu rindu terlebih dahulu. Ada benar juga kata orang tak kenal maka tak cinta ...
Selami erti CINTA, RINDU & CEMBURU
Cinta, rindu dan cemburu adalah 3 perkara yang tidak boleh kita nafikan dalam hidup kita. Ketiga-tiga perkara ini wujud di dalam hati sanubari seseorang. Menakujubkan kerna Ianya juga banyak membantu di dalam kehidupan seseorang.
Buktinya? Allah taala tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan perkara itu ada tugasnya tersendiri. Lemahnya adalah kita yang tidak mampu mencari hikmahnya.
Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar. Sebagai contoh paling dekat , ayah dan ibu kita tanpa wujudnya cinta dalam hati mereka maka tidak akan wujud kita.
Tanpa cinta mereka tidak mungkin kita dapat dibesarkan dalam keadaan yg sempurna, menjadi seorang yg berguna dalam hidup kita kini..
Walaubagaimanapun... Kurangnya rasa cintalah yang menyebabkan seseorang itu berlaku kejam terhadap saudaranya. Begitu juga rindu dan cemburu. Tanpa cemburu seseorang boleh membiarkan kekasihnya melakukan maksiat. Tanpa cemburu maka seorang isteri akan membiarkan suaminya bermain kayu tiga dan tanpa cemburu jugalah menyebabkan seseorang akan membiarkan hatinya dipermainkan orang lain.Lihat sahabat indahnya pentingnya cinta dalam kehidupan. Cinta itu kasih syg ...perasaan yg mulia diwujudkan dalam hati manusia oleh Allah taala..
Cinta menurut al-Qadhi al-Syeikh Muhammad Ahmad Kan’an di dalam kitabnya Usul al-Muasyarah al-Zaujiyah ialah kecenderungan hati terhadap perkara yang dicintai. Cinta sebenarnya adalah perbuatan dan amalan hati. Bukan amalan anggota badan.
Tanpa cinta ini maka perkahwinan tidak akan berjaya dan bahagia. Perlu difahami dengan baik, yang memberikan kebahagian dan ketenangan bukanlah zat cinta itu sendiri, bahkan yang memberikannya kepada kita ialah Pemilik Cinta itu sendiri iaitu Allah Yang Maha Pencinta dan Pengasih. Cuma cinta ini sebagai satu wasilah bagi mencapai ketenangan itu.
Menurut al-Qadhi Muhammad Kan’an, kunci utama kepada cinta bermula dengan pandangan mata. Oleh sebab itulah Baginda sallallahu alaihi wasallam menggalakkan kepada seseorang yang ingin bertunang agar melihat terlebih dahulu kepada tunangnya. Agar bertambah rasa cinta dan rindu.
Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Nasa’ie rahimahumallah daripada Saidina Syukbah radhiyallahu anhu katanya:
خطبت امرأة فقال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم: هل نظرتَ إليها ؟ قلتُ : لا , قال : فانظر إليها فإنه أحرى أن يؤدَمَ بينكما
Maksudnya: "Aku telah meminang seorang wanita. Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam bertanya kepadaku: Adakah kamu telah melihatnya wahai Syukbah? Aku menjawab: Tidak Ya Rasulallah. Maka sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Lihatlah padanya, sesungguhnya dengan melihat itu akan menjadikan kamu berdua merasa lebih serasi dan berkenan."
Fahami Cinta? Sesuatu yang perlu kita fahami ialah cinta sebenar itu ialah cinta yang ingin dibina atas dasar iman. Maksud saya bukan sekadar bercinta tetapi meletakkan bahawa wanita yang dicintainya dan lelaki yang dicintainya akan dijadikannya sebagai isteri dan suami. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada Saidina Ibn Abbas radhiyallahu anhuma:
لم يُرَ للمتحبَين مثل النكاح
Maksudnya:" Tidaklah dilihat kepada dua orang yang sedang bercinta melainkan pernikahan."
Jalinan kasih atas dasar cinta, cinta untuk menuju cintanya, cinta diri apa adanya tidak saling menuntut bahkan saling memperbaiki diri,itulah pernikahan... Kebahagiaan akan jauh lebih indah ketika dua keluarga besar itu bersatu...
Subhanallah penuh rasa syukur, syukur atas nikmatnya, syukur atas nikmat sebagai seorang islam. Sungguh indah kerana dengan bernikah silaturrahim antara keluarga terjalin...
Besarnya hikmah pernikahan dalam islam...Islam itu sendiri menyediakan sebaik-baik penyelesaian..Bagaimana sahabat kala cinta memanggil? mampukah kita hadapinya...insyaAllah pilihlah sebaik-baik jalan sahabatku...
anauhibbuka@blogspot.com
4 comments:
Salam.
Cinta sejati ialah cinta Allah dan Rasul. Cinta kepada isteri, anak, dan harta berdasarkan cinta kepada Allah SWT sangat-sangt dituntut. Allah mencipta semua makhluknya atas dasar cinta supaya bumi yang dimakmurkan oleh khalifahnya aman damai.Alangkah indahnya hidup jika semua bercinta kerana Allah SWT.
Imam Ibnul Qayyim al-Jauziah membahagikan cinta kepada 10 tingkatan.
Tingkata pertama ialah ada rasa kebergantungan dan yang paling tinggi ialah peringkat khaulah seperti Nabi Ibrahim as dan Siti Hajar serta Nabi Ismail as. banyak pengorbanan yang dibuat dalam perjalanan menuju Allah.
Telah ditulis di sini
http://permatainn.blogspot.com/2009/09/kita-kata-kita-cinta-allah-dan-rasulnya.html
dan di sini
http://permatainn.blogspot.com/2009/10/aku-cinta-kamu-bukan-cinta-biasa-2.html
jika ada sesiapa yg sudi membacanya
Iskandar, boleh tak jika iskandar ubah ruang komen ni ke pop-up windows jadi senang sikit sambil bc boleh komen.
Terima kasih atas perkongsian ini.
As-Salam..
trima kaseh iskandar muslim.perkongsian yg menarik dan bermanfaat..juga kepada saudari werdah..
smoga kita mendapat cinta Allah dan cinta orang yg mencintai Allah...
"orang2 yang mengasihi akan dikasihi oleh yang Maha Mengasihani"..
wassalam..
to werdah : syukron atas komentar, benar apa yang dikatakan..cane ek nk wat popup window tu??
to cik amira : mekasih atas kate2 yang bermanfaat tersebut..teruskan memberi sokongan kepada iskandarmuslim....( ^_-) v
Post a Comment