Thursday, May 6, 2010

makan makan makan

Isu tentang makanan

Assalamualaikum pengunjung setia, moga ceria dan mesra sokmo hendaknya, pada post kali ini penulis nak berkongsi tentang makan sebab semua orang pun suke makan, sape yang x suke makan ??? haa klu ade sila angkat kedua-dua belah kaki anda dan tengok samada kamu jatuh ke tak, kalau jatuh tu maknenya kamu masih manusia yang normal dan sememangnya semua perlu kepada makanan.

Rakyat Malaysia ni kan paling ramai jumlah yang kene penyakit obesiti, sangkaan penulis munkin kerana berpegang kepada falsafah "hidup hanya sekali" huhuhu, salah konsep tu sebenarnyer, orang dulu-dulu mati kerana adop makanan tapi orang lening mati bab terlebih makang. Semua penyakit-penyakit yang dihidapi masyarakat hari ini berpunca daripada makanan.

Salah satu serangan saraf yahudi laknatullah ialah melalui ape yang kita makan. Hadis nabi banyak menyentuh tentang bab makan ni, tapi sangat sedikit umat islam yang mengambil iktibar dari hadis-hadis nabi ni, jadi wajarlah manusia hari ini ditimpa bala melalui penyakit-penyakit berpunca dari makanan akibat meninggalkan sunnah nabi, kekgi penulis citer camane akhlak nabi tentang makan ni.

Kita tengok hari ni banyok kedai-kedai makan yang bukak 24 jam, menunjukkan kepada kita masyarakat malaysia ni wahi ngat makan x kire mase makng, dok saloh makan tu cume bile ye berkait dengan soal pembinaan iman, akhlak dan kekuatan umat islam jadi bab makan ni sangat penting untuk diambil perhatian terutama sekali kepada golongan-golongan muda umat islam hari ini, bagaimane nok berjuang kalau badan gemuk, tidak aktif dan berpenyakit macam-macam, tengok bijok dok orang yahudi ni nok melemahkan umat islam melalui makanan.

Yahudi memperkenalkan makanan-makanan segera yang berkalori tinggi dan mudoh didapati, makanan-makanan jenis ni cepat wat pemakan yang tegar kene obesiti. Sebenornyer makanan-makanan segera dari barat ni hanya sesuai dengan suasane negara diorang yang sejuk dan sememangnya memerlukan kalori yang tinggi dalam badan, tapi untuk rakyat di negara kita ni amat kurang sesuai pada pandangan penulis.

Cara makan nabi

Setelah panjang lebor kita bincang tentang makan dan kesan baik dan buruk akibat tidak menjaga pemakanan, sekarang jom kita rujuk role model kita sebagai umat islam yang dimuliakan Allah yakni nabi Muhammad Rasulullah SAW. Penulis merujuk sebuah kitab yang menerangkan pekerti dan peribadi Rasulullah SAW yang dikarang oleh imam at-tirmidzi.

Duduk ketika makan & minum

Salah satu yang diajar nabi ketika makan ialah jangan makan sambil bersandar, terlentang dan berdiri ketika makan dan minum, berusahalah untuk duduk dan mencari tempat untuk duduk ketika makan atau minum, ini bersandarkan hadis nabi sabdanya

"sesungguhnya saya tidak makan secara bertelekan, HR Bukhari no 5398).

Ketika Anas Bin Malik ditanya tentang makan sambil berdiri, beliau berkata:

“Itu lebih jelek dan lebih buruk” (HR Muslim).

Rasulullah pernah melihat seseorang yang minum dengan berdiri, beliau bersabda kepadanya,

“Muntahkanlah!” Orang tersebut bertanya, “Kenapa wahai Rasulullah?” Rasulullah bersabda “Maukah kamu minum bersama kucing?” Orang tersebut menjawab, “Tidak”. “Tapi sudah ada yang ikut minum bersamamu yang lebih teruk dari itu, iaitu setan” (HR Ad Darimi).

Pola makan Rasulullah

Lagi kaedah yang diajar nabi ketika makan ialah dengan melarang makan dan minum berlebihan(isrof). Rasulullah bersabda:

“Tidaklah anak Adam memenuhi sesuatu yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya (udara)” (HR Tirmidzi dan Al Hakim. Imam Arna’uth dan Imam Adz Dzhahabi mensahihkan hadis ini).

Ketika terlalu kenyang, perut akan penuh dan menggangu pernafasan. Proses pencernaan menjadi lama dan kualiti zat makanan yang kita makan berkurang. Kenyang(assyab'u) bukan beerti memenuhi perut dengan makan(al imtila) tetapi makan sekadar cukup memenuhi keperluan zat-zat untuk tubuh badan.

Suatu hari, dimasa setelah Rasulullah wafat, para sahabat mengunjungi Aisyah. Saat itu Khilafah Islamiyah sangat luas dan makmur. Sambil menunggu Aisyah, para sahabat yang saat itu sudah menjadi kaya raya, saling bercerita tentang menu makanan mereka yang meningkat dan bermacam macam. Aisyah yang mendengar hal itu tiba tiba menangis. Tentu saja para sahabat terasa heran, “Apa yang membuatmu menangis wahai Aisyah?” tanya para sahabat. Aisyah menjawab, “Dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan (mencapai) dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, beliau tidak akan makan roti”

Rahsia kegagahan Rasulullah

Rasulullah bangun sebelum subuh dan melaksanakan qiamullail, pakar-pakar kesihatan membuktikan udara sepertiga malam terakhir sangat kaya denga oksigen yang bersih dan sangat bermanfaat untuk metabolisme badan, ini sangat memberikan kesan terhadap kehidupan sepanjang hari iaitu manusia akan mempunyai semangat dan kecergasan yang luar biasa. Ini sangat berbeza dengan orang yang bangun lewat ketika subuh.

Selepas tu nabi bersiwak tok menjage kesihatan mulut dan gigi, kerana ia sangat berkait rapat dengan pemakanan yang kita hadam. Bersiwak juga mewangikan mulut serta menguatkan gigi. Setelah itu nabi memulakan menu sarapan dengan segelas air suam dicampur sesudu madu asli yang terbukti banyak khasiatnya dalam mengubati pelbagai jenis penyakit manusia.

Setelah itu pada waktu dhuha nabi memakan tujuh butir kurma ajwa', Rasulullah pernah bersabda,

“Barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun”.

Hal ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi meletak racun dalam makanan Rasulullah pada sebuah percubaan pembunuhan di perang Khaibar, racun yang tertelan oleh beliau kemudian di uraikan oleh zat zat yang terkandung dalam kurma. Sementara itu Bisyir ibnu al barra, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal. Tetapi Rasulullah selamat dari racun tersebut. Rahsianya adalah 7 butir kurma yang biasa di makan Rasulullah.

Makanan petang Rasulullah, biasanya buah zaitun yang di makan bersama roti yang berfungsi mencegah rapuh tulang, sembelit dan kanser. Di dalam Al-quran az zaytun diulang sampai 7 kali menunjukkan keistimewaan buah zaitun.

Pada waktu malam pula Rasulullah makan sayur-sayuran yang berzat dan mampu menguatkan daya tahan tubuh serta melindungi dari penyakit. Rasulullah tidak terus tidur setelah makan tetapi melakukan aktiviti-aktiviti ringan untuk mempercepatkan proses penghadaman, kadangkala dengan cara bersolat. Rasulullah bersabda:

“Cairkan makanan kalian dengan zikir kepada Allah dan solat dan janganlah kalian terus tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras” (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)

Selain menu wajib diatas, nabi juga suka memakan campuran roti dan daging, buah yaqthin atau labu air, anggur dan susu(hilbah). Nabi juga suka beriadah sambil bermain dengan anak-anak dan cucunya serta pernah berlumba lari dengan isterinya tercinta Aisyah r.a, yang terbukti olah raga memberi banyok manfaat pada tubuh badan, Rasulullah juga tidak menyukai bersembang-sembang kosong dan makan sesudah waktu isya kerana biasanya beliau tidur lebih awal supaya boleh bangun awal pagi. Istirehat yang cukup sangat diperlukan kerana ia termasuk hak tubuh.

Kesimpulan

Allah berfirman, “Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah” (QS. Al Hasyr:7)

0 comments: