Saturday, October 30, 2010

galas : mahasiswa jangan gentar


Assalamua'laikum, pejuang kebangkitan mahasiswa sekalian, baru-baru kita telah didengarkan dengan keterbukaan kementerian pengajian tinggi melalui menterinya Datuk Khalid Nordin bahawa mahasiswa dibenarkan untuk terlibat secara tidak langsung dalam proses pilihanraya di Malaysia iaitu bebas mendengar ceramah politik dan bercakap tentang politk. Ini bagi penulis merupakan satu momentum yang positif diambil KPT dalam meraikan kebangkitan mahasiswa.

Dengan ruangan yang diberi oleh kementerian pengajian tinggi, mahasiswa berupaya mengetengahkan suara kampus masing-masing kepada masyarakat khususnya di dun Galas pada kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung ketika ini. Perlu diingat ideologi perjuangan mahasiswa bukanlah berada dalam ruang lingkup yang kecil, bahkan terlalu luas melangkaui batas parti, agama, geografi dan ideologi politik.

Tidak ada alasan mahasiswa mengatakan yang mereka takut untuk turun bersama-sama ke medan bagi memberi penerangan kepada masyarakat melalui kapasiti sebagai mahasiswa. Sebenarnya inilah dakwah yang terangkum dalam aspek yang luar daripada skop yang biasa. Keberanian turun bertemu masyarakat yang pelbagai, memahami suasana setempat, ketahanan menghadapi tekanan fizikal dan mental semua itu perlu dijiwai oleh semua mahasiswa yang bernaung dibawah gerakan islam.

Tindakan tidak profesional yang diambil oleh pihak polis kerana menahan 4 wakil gamis yang membawa suara seluruh mahasiswa yang prihatin kepada proses politik dalam negara adalah amat tidak wajar sama sekali, tindakan ini lebih kepada ingin menakut-nakutkan mahasiswa2 yang prihatin untuk turut serta melihat sendiri perjalanan pilihnaraya kecil di Malaysia. Penulis menyeru kepada semua mahasiswa agar tidak gentar dan goyah dengan ugutan kecil ini demi memastikan suara keramat mahasiswa bergema di setiap corong2 dan hati masyarakat.

InsyaAllah penulis bersama dengan beberapa sahabat-sahabat yang akan turut menyusul ke Galas bersama memperjuangkan suara mahasiswa disana. Semua ini adalah tidak lari daripada usaha untuk melihat masyarakat dapat merasai nikmat perubahan yang lebih dinamik dan menyeluruh untuk masa depan mereka dan negara, inilah hasrat murni yang selama ini ingin diperjuangkan oleh gerakan mahasiswa yang ada pada hari ini khusunya melalui wadah gamis yang ada pada hari ini.

Mahasiswa harus dan perlu untuk dilihat relevan dan diterima oleh massa pada hari ini, yakni melangkaui batas ideologi parti politik, agama, geografi, budaya dan sebagainya. Persoalannya ", mengapa dan bagaimana, ??". Semua ini adalah kerana kedudukan kita sebagai yang bergelar "mahasiswa" adalah golongan intelektual dan pengimbang didalam masyarakat, adalah sangat rugi jika kapasiti yang penting dan singkat ini tidak dimanfaatkan secara bijak terutama dalam usaha mengetengahkan dakwah secara lebih holisitik dan kontemporari untuk diterima masyarakat yang semakin kompleks hari ini.

Bahkan untuk mengangkat tangungjawab itu sehingga ke peringkat bernegara dan pentadbiran yang ada pada hari ini, mahasiswa adalah golongan yang paling ideal untuk menggalas tangungjawab itu. Itulah peranan mahasiswa dan penyebab mengapa kita adalah golongan yang harus melaksanakan dan memikul amanah perjuangan ini. Kepada golongan yang mengatakan gerakan mahasiswa yang ada pada hari ini adalah tidak relevan dan tiada halatuju adalah golongan terpencil yang sedang asyik dan lena dibuai khayalan mimpi indah oleh sang penguasa zalim.

Persoalan kedua "bagaimana" kaedah atau methode perjuangan yang harus ada pada gerakan mahasiswa untuk mencapai matlamat tadi. Yaknilah dengan menyatakan yang benar sekalipun tidak dibenar, menyatakan yang salah itu salah dan yang benar itu benar baik dari mana2 pihak sekalipun. Itulah menunjukkan tahap kematangan dan intektual kita sebagai mahasiswa dan check and balance kepimpinan yang ada pada hari ini. Kaedah ataupun cara untuk gerakan mahasiswa mendepani atau responsif terhadap sesuatu isu perlulah lebih bersikap profesional dan menjadikan berdemonstrasi sebagai jalan terakhir setelah kaedah yang lain didapati kurang berkesan.

~Inilah fikrah perjuangan mahasiswa kontemporari yang harus difahami dan dijiwai oleh seluruh pengerak amal islami dikalangan mahasiswa pada hari ini~

~ustaz shahrul al bulani~

0 comments: