Fiqh menurut bahasa Arab ialah kata terbitan(masdar)yang diambil dari kata kerja terdahulu(madi), faquha atau faqiha bermakna baik kefahaman terhadap sesuatu. Fiqh bermakna kefahaman atau pengetahuan. Fiqh bukan sekadar ilmu, sebaliknya ialah kefahaman yang memerlukan pengunaan fikiran, penajaman akal dan pengerahan seluruh usaha untuk itu.
Di dalam syarak, fiqh tidak diperolehi oleh semua manusia. Sebaliknya ia hanya diperolehi oleh sekumpulan manusia yang memiliki kemampuan akal yang tinggi, tahap keimanan yang tinggi, beramal soleh serta rasional. Fiqh menurut istilah syarak ialah mengeluarkan(istinbat)hukum-hukum syarak yang bersifat amali dari dalil-dalilnya yang detail(tafsil).
Sementara ungkapan "al-siyasi" adalah diambil dari perkataan "sasa" kata nama pelaku ialah "sais" dan kata nama terbitan(masdar)ialah siasah yang bermakna penjagaan. Ahli siasah adalah orang yang memelihara urusan umat , memahaminya dengan kefahaman yang mendalam dan menyelesaikanya dengan pemikiran dan pandangan yang betul.
Ahli siasah islam ialah orang islam yang komited dengan islam yang menyelesaikan urusan umat dari sudut pandangan islam dan hukum syarak. Fiqh siasah ialah kefahaman mendalam terhadap urusan umat dalam dan luaran, mentadbirnya, menjaganya menurut panduan hukum syarak dan memandunya.
Siasah terbahagi kepada dua bentuk, siasah syarak dan siasah bukan syarak. Siasah syarak bermaksud memimpin keseluruhan manusia menurut kehendak pandangan syarak dan khilafah yang bertindak memelihara agama serta menguruskan dunia dengannya(agama).
Siasah bukan syarak atau siasah ciptaan manusia ialah siasah yang memimpin manusia menurut kehendak pandangan manusia yang diterjemahkan kepada perlembagaan-perlembagaan ciptaan yang mengantikan syariat islam dan bertentangan dengannya. Siasah ini yang menolak siasah syarak ialah siasah yang tidak beragama. Siasah yang tidak mempunyai agama adalah "siasah jahiliyyah".
Allahu ta'ala a'lam
0 comments:
Post a Comment