online dengan Allah
Hanya ada satu cara untuk kita online dengan Allah iaitulah melalui perantaraan doa pada Allah, cukup mudah kan3 =)
Inilah online yang paling laju servernya didunia yang tidak ada pada teknologi2 di barat. Inilah online yang paling canggih dan hebat sekali yang kebanyakkan umat islam tidak tahu atau pun sengaja buat2 tak tahu =)
Tanpa menggunakan material2 seperti skrin, lcd, mouse dan laptop pun semua orang mampu untuk online dengan Allah, tak kire kaya, miskin, kuli ke bos semua boleh
Online dengan Allah cukup mudah free of charge without any payment, onlinelah sapuas2 hati anda takda sape nak marah
Tak memerlukan kita untuk ada mouse, keyboard, monitor, skrin LCD dan sebagainya tapi cukup dengan jiwa yang bersih, niat yang ikhlas dan menadah dua tangan terus boleh online
Hanya manusia yang dipilih khas oleh Allah sahaja yang akan rase seronok nak online dengan Allah ni
Apa sahaja hajat dan permintaan kita akan diperkenankan melalui online dengan Allah, mintalah seberapa banyak yang kita nak insyaAllah yakin Allah pasti perkenankan.
online dengan manusia
Kene ada laptop, sumber letrik atau battery dan line internet atau wifi atau beroodbang. Kalau takde jangan harap korang leh online, jangan mimpi =P.
online buatan manusia ni kekadang server down, yang gune beroodbang plak kalau takde line 3G pergh lambat giler, tak tahulah sebab jeles ke ape, bile urgent lagi la tertekan =(
kalau orang miskin yang tak mampu nak beli laptop atau pasang wifi kat umah atau beli beroodbang macamane la nak online.
Of course la no money no online, macam2 perkakas kene beli kalau online ciptaan manusia ni. Kalau yang online kat cyber cafe tu koho lame koho maha la mung bayor.
online dengan manusia ? kalau kita mengadu masalah pada manusia, manusia sekadar boleh mendengar untuk membantu belum tentu lagi.
"Ya Allah sucikanlah hatiku ini daripada perkara2 dosa dan maksiat, bersihkanlah diriku ini daripada dosa2 samada dosa kecil ataupun besar, hiasilah diriku ini dengan sifat2 mahmudah dan hindarilah diriku ini dari sifat2 mazmumah. Jadikanlah aku hambamu yang soleh dan bertaqwa, ya Allah tanamkan didalam diriku ini sifat2 seorang mujahid yang istiqamah memperjuangkan agamamu serta kurniakanlah srikandi yang setia menyalakan obor semangat kepadaku, hiburkanlah hatiku dikala hati ini dirundung rase resah gelisah, putusa asa dan lemah semangat, ameen"
Mengadulah pada Allah yang maha pemberi rezeki, maha mendengar, maha memperkenankan dan macam2 maha lagi ada pada Allah, so nak ape lagi manusia ni, jadilah kita hamba yang bersyukur kerana memiliki tuhan yang maha sempurna.
0 comments:
Post a Comment