Saturday, October 9, 2010

teknik belajar bahasa



Assalamualaikum, post kali ni suke saya nak kongsi tentang video di atas walaupun dah beberapa kali tengok tapi baru sekarang rase nak kongsi kat blog. Video ini sangat sesuai ditonton oleh semua pelajar2 yang mengambil jurusan bahasa di universiti terutamanya kepada yang mengambil bahasa arab.

Nak tahu kenape ? kepada yang dah tengok mesti dah tahu kenape. Video ni menceritakan tentang seorang ustaz yang bernama Ustaz Muhammad Aziz seorang warga mesir pure lahir di tanta mesir yang mampu kecek bahase melayu, bukan setakat melayu standard, melayu klate boh, very fluently. First time dengar tu agak lawak la tapi itulah hakikat.

Jadi kepada mana2 mahasiswa tak kiralah dari kelantan ke terengganu atau dari mane2 negeri sekalipun yang mengambil jurusan bahasa arab atau pape bahase sekalipun adalah tidak mustahil untuk dikuasai, pak arab dalam video di atas telah membuktikannya. Banyak manfaat bila dapat kuasai sesuatu bahase, antaranya tidak mudah ditipu, dapat menyampaikan ilmu kepada masyarakat yang menggunakan bahase tersebut dan macam2 lagi.

Ustaz Muhammad diatas bukanlah mengambil jurusan bahasa yang khusus semasa belajar kat Malaysia, die amek jurusan syariah tapi belajar secara sambilan melalui bertanya, menonton filem melayu dan berkomunikasi dengan rakan2 beliau yang berbangsa melayu setiap hari. Beliau tak mempelajari bahasa melayu ni 3 4 tahun tapi untuk dapat kecek selancar dalam video diatas beliau mengambil masa selama 10 tahun.

Tapi mesti ada syarat2nya kalau nak kecek arab fluently macam pak arab tu kecek klate fluently. Nilah yang saye nak kongsi ngan sahabat2 semua, nak tahu pedie? Pertama yang mesti dilakukan kate pak arab tu ialah :-

1) Niat yang ikhlas untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. Ini terbukti apabila pak arab tu secara series ingin belajar bahasa melayu sebab die kabo ramai ngat student melayu yang belajar di mesir, if die dapat kuasai bahasa melayu mudah ye nak beri ilmu kat orang2 melayu di mesir.

Tu die yang kabolah bukan saye. Pesan saye jugak kepada sahabat2 yang amek jurusan bahase ni supaya jangan belajar sekadar untuk dapat kerja tapi belajarlah untuk tujuan yang lebih besar dan mulia dari itu seperti untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada masyarakat, itulah niat yang paling mulia, insyaAllah kita akan mudah untuk menguasai bahasa ini.

2) Se g ye kabo ialah kene berkawan dengan orang yang ahli dalam bahasa tersebut. Tambah kenalan2 kita daripada negara2 yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pertuturan harian mereka, kalau yang muslimat dengan sesame muslimat dan muslimin cari rakan2 sesama muslimin. InsyaAllah proses tersebut dapat mempercepatkan kefahaman kita untuk menguasai bahasa tersebut.

Tok arab tu kabo lagi kalau kita belajar bahasa ni hanya dengan kitab sahaje memang boleh tapi proses kefahaman lebih lambat jika dibandingkan dengan terus melakukan praktikal iaitu perbualan2. Antara perkataan atau dialek pertama bahasa melayu yang beliau belajar ialah "kecek" atau dalam bahasa melayu standardnya "cakap".

3) Antara petua yang agak menarik saya dengar dan munkin agak jarang dilakukan kebanyakkan student2 bahasa ni ialah jenis2 makanan yang dimakan. Tak tahulah betol ke tak tok arab ni kabo tapi munkin ade kebenaranya. Dia dapat kecek klate fluent molek ni sebab ye kate ye suke makang budu, haha, very unsangkarable. Jadi kepada yang belajar bahasa arab tu rajin2lah makan roti arab, kebab arab, kacang pistacios dan makanan2 arab lain.

4) Rajin tengok filem2 atau drama yang menggunakan bahasa yang dipelajari, kalau yang amek bahasa inggeris banyok citer2 inggeris kat tv yang bersesuai boleh ditengok, jangan tengok kosong jerk, sambil tengok sambil belajar. Memandangkan filem atau drama arab takde kat tv boleh tengok kat astro, ade drama arab, walaupun takbest tapi tengok untuk nak tingkatkan bahasa arab kite takpekan. Pak arab tu selamber je tengok filem P.Ramlee, takde pape.

5) Rajin bertanya kalau tak faham apa makna bahasa yang disebut, terus je tanya jangan tunggu2 esok baru nak tanya macam yang tok arab tu kate. Bak kate pepatah melayu dulu2 "malu bertanya sesat jalan", jadi rajin2lah bertanya kepada orang yang ahli dalam bidang tersebut.

6) Hafal 10 ayat setiap hari selama 6 bulan pastu belajar susun ayat 6 bulan plak. Tu yang tok arab tu buat kalau ade yang nak hafal 100 ayat sebulan pon takda masalah asalkan buat dan maintain(istiqamah), insyaAllah cepatlah kita dapat kuasai bahasa yang kita belajar, tak kirelah bahasa arab, ke inggeris ke, bahase eskimo ke hatta bahase isyarat sekalipun, mesti boleh. Kalau belajar arab 3-4 tahun saje memang takcukup, kene teruskan usaha menguasai bahase tu sepanjang hayat.

~bahasa arab bahasa quran, bahasa ibunda rasul junjungan~

1 comments:

Salam. Begitulah kan, jika tak dipecahkan ruyung bagaimana nak dapat sagunya.

Suka dengar dialek dia.