Tuesday, November 2, 2010

dakwah perlu berstrategi

Assalamualaikum, bertemu lagi kita di ruangan blog ini, baru sebentar tadi penulis habis menonton sebuah filem baru bertajuk "The A-Team". Filem ini sangat mengujakan penulis berbanding filem-filem lain kerana terdapat satu mesej yang sangat penting dan berguna kepada sesiapa yang mahu mencari manfaat daripada sekadar menonton.

Kepada sesiapa yang telah menonton pasti tahu apakah mesej yang boleh kita ambil terutama apabila kita lihat dari sudut pandang sebagai seorang da'ie. Pengajaran yang paling besar yang boleh diekstrak dari filem tersebut ialah tentang pentingnya "strategi" dalam apa jua lapangan bidang yang kita ceburi.

Dalam merenung-renung dan mengamati strategi yang dibuat oleh aktor-aktor dalam filem tersebut penulis cuba untuk membawa keadaan tersebut dalam suasana kita dalam dunia dakwah. Berapa ramai pendakwah-pendakwah kita hari ini yang melaksanakan tuntutan berdakwah dan pada masa yang sama disertai dengan strategi yang segar lagi bugar sesuai dengan tuntutan semasa kita pada hari ini dalam konteks di Malaysia.

Penulis sengaja untuk mencetuskan persoalan kepada pembaca sekalian untuk kalian ambil dan fikirkan semula. Strategi amat penting terutama kepada kita selaku da'ie yang tahu tangungjawab untuk menyampaikan islam kepada seluruh masyarakat, tanpa adanya strategi yang terancang, usaha kita untuk masyarakat dapat merasai indahnya islam itu munkin terbatas. Pahala memang akan dapat tapi munkin letih je lebih tapi output yang diperolehi tidak seperti mana yang dikehendaki.

Saidina Ali dalam kata-katanya ada menyebut "golongan yang membawa kebenaran tetapi tidak berstrategi pasti akan dikalahkan oleh golongan batil yang kemas strateginya". Jadi jelas kepada kita supaya dalam berdakwah jangan hanya kekal dengan pendekatan-pendekatan lama tetapi harus ditambah juga dengan pendekatan-pendekatan yang lebih kotemporari dan meraikan perkembangan zaman yang semakin kompleks hari ini.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah supaya mesej yang ingin disampaikan kene pada sasaran dan lebih menyeluruh, barulah setimpal dengan keringat yang ditabur. Penulis ingin membawa contoh yang luar sedikit daripada persoalan dakwah. Dalam kehidupan kita sehari-hari menuntut juga kepada keperluan untuk sentiasa berstrategi.

Bangun pagi apabila perut terasa lapar, akan tercetus di fikiran bagaimana untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan. Dari situ kita akan memikirkan kaedah-kaedah samada pergi ambil di mesin ATM, pinjam pada rakan dan apa-apa sahaja bagi mencapai matlamat tersebut. justeru pentingnya untuk pada pendakwah hari ini memikirkan strategi-strategi bagi menambahkan bilangan mad'u-mad'u untuk menjalankan gerak kerja islam, tidak hanya bersikap selesa dengan pendekatan-pendekatan lama tetapi berani untuk mencuba kaedah-kaedah baru dalam menyampikan dakwah selagi tidak bertentangan dengan tuntutan syariat.

0 comments: