Friday, December 30, 2011

mana sensitiviti

Kuala Lumpur - Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan dikawasan pandan perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.(petikan perenggan akhbar kosmo 31/12/2011)

Ulasan S.A - Inilah masalahnya bila kuasa bukan disandang manusia yang bertaqwa, tempat maksiat yang hanya 2 km dari MPAJ dan pejabat polis. Tunggu dapat aduan baru macam kera kena belacan, padahal sudah berapa lama aktiviti maksiat tersebut beroperasi, sangat dekat dengan tempat mereka.

Lagi tak boleh blah statement Pegawai Perhubungan Awam MPAJ Norhayati Ahmad berkata "laporan muka depan kosmo semalam bertajuk tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima MPAJ pada tahun ini"

Persoalan yang ingin penulis lontarkan apakah kayu ukur MPAJ dalam melaksanakan penguatkuasaan, cukupkah sekadar bertindak jika terdapat aduan sahaja, tidak cukup untuk mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan kelemahan yang ada walhal program maksiat seperti ini telah berlaku begitu lama di sekitar Panda Perdana.

Kemuncaknya ialah seperti apa yang dilapor dalam akhbar diatas apabila pengurus pusat maksiat ini berasa semakin kebal dan berani dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti seumpama itu. Perkara ini bagi penulis sangat mengaibkan dan memalukan maruah umat islam dan juga bangsa, kerana pegawai yang bertangungjawab tersebut seorang yang beragama islam dan juga melayu.

Sebagai Menunjukkan keseriusan MPAJ dan polis menangani aktiviti-aktiviti tidak bermoral untuk menjaga akidah umat islam sepatutnya mereka sendiri perlu kerap turun padang buat pantauan mengejut ke premis-premis yang memang sedia maklum sebagai tempat yang mengundang pelbagai maksiat ini, jangan kuman seberang laut nampak gajah depan mata terus buta.

Teringat penulis semasa bersembang dengan seorang teman yang pernah ke premis rawatan urut refleksologi, yang mana turut menyediakan perkhidmatan seks. Premis ini begitu hampir dengan balai polis, apabila ditanya mengapa seolah-olah kebal dari penguatkuasa, rupanya terdapat dikalangan pelanggan khidmat seks tersebut anggota polis sendiri yang sebangsa dan seagama dengan penulis, amat menyedihkan.

Justeru dimana lagi tempat bergantung harap rakyat yang sayangkan agama, bangsa dan negara. Pihak yang diamanah untuk jaga masyarakat sendiri terpalit dengan perbuatan kotor dan keji, jangan mimpi orang seperti ini serius untuk mengatasi gejala-gejala moral yang semakin tumbuh mutakhir ini. Tangungjawab ini tiada lain terpikul dibahu rakyat untuk menukar kepada kerajaan yang lebih adil dan bersih pada PRU 13 akan datang.

"Islam is the only solution"
"tumbangkan be end negara, agama da bangsa melayu selamat"
"vote for Pakatan Rakyat in this PRU13 election"

0 comments: