Assalamualaikum, disini penulis ingin berkongsi satu artikel dalam majalah solusi bertajuk tips membaca secara aktif. Penting untuk menguasai teknik membaca begini agar dapat meningkatkan minat dan keseronokkan ketika membaca selain itu dapat mengelakkan pembaziran masa dan pada masa yang sama meningkatkan maklumat yang diperolehi dalam masa yang singkat.
tips 1 kenali diri anda
sejauh mana kita dapat mengingati apa yang telah dibaca, jangan membaca seperti mencurahkan air ke daun keladi(tidak faham apa yang dibaca), bacalah sekadar yang boleh disimpan oleh ingatan kita.
tips 2 kenali bahan bacaan anda
berkenalanlah dengan buku sebelum membacanya, dengan cara meneliti muka surat, isi kandungan, tak kenal maka tak cinta.
tips 3 berhati-hati dengan bacaan tambahan
baca bacaan asas sebelum membaca bacaan tambahan, ibarat seperti mengambil makanan asasi sahulu sebelum mengambil vitamin.
tips 4 buat perancangan dan sasaran sebelum membaca
sebelum membaca letak target bab apa yang ingin dibaca, berapa lama masa yang diperuntukkan untuk menghabiskan membaca dan apa objektif yang ingin dicapai diakhir pembacaan.
tips 5 catat persoalan-persoalan yang timbul
cuba timbulkan sebarang persoalan sepanjang proses pembacaan agar otak sentiasa aktif dan ligat berfikir, catat persoalan yang timbul dikertas atau diruang kosong sebelah teks buku jangan biarkan ianya bermain difikiran.
tips 6 jadikan buku milik anda
garis isi penting dan makumat yang dirasakan menarik menggunakan pen, highlighter dan sebagainya, membuat catatan tambahan sebelah nota, peta minda dan sebagainya, jangan biarkan ianya putih bersih, lakukan itu jika anda benar-benar sayangkan buku anda.
tips 7 buat rumusan dan kesimpulan
setelah mengakhiri pembacaan, fikir sejenak kesimpulan yang dapat dibuat daripada apa yang telah dibaca untuk mengukuhkan lagi tahap kefahaman kita, pastikan objektif yang dirangka diawal pembacaan telah berjaya dicapai, jika tidak berusahalah mencari dan terus membaca sehingga mencapai objektif yang diperlukan.
0 comments:
Post a Comment