Wednesday, April 7, 2010

agenda hidupku

1) Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2) Bacalah Al-Quran dan tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3) Berusahalah bertutur dalam bahasa Arab fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4) Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa jua kebaikkan.

5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6) Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7) Janganlah bercakap lebih nyaring dari kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring dan itu adalah sesuatu perbuatan yang sia-sia dan menyakitkan hati orang.

8) Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebaikkan.

9) Berkenal-kenallah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.

10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang kita ada, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

0 comments: