Assalamualaikum, setiap detik dan saat kehidupan penulis di perantauan, hati ini sentisa risau mengenang keadaan kedua ibubapa penulis di kampung, merekalah insan paling berjasa dalam hidup penulis, sejak dari kecil penulis dididik dan diasuh sehinggalah mampu mengenal dunia masakan boleh untuk ku kupakan semua itu.
Ibubapaku yang sekarang sedang meniti usia emas mereka, kerapkali penyakit-penyakit tua menyerang tubuh badan mereka yang sudah lemah dan tiada kekuatan, semasa muda merekalah membanting tulang memerah keringat di bawah terik mentari panas demi sesuap nasi untuk anak-anak yang dicintai. Sekarang keringat itu sudah tiada lagi, hanya bertemankan anak cucu sebagai penghilang kesepian.
Kerapkali ku menelefon kedua orang tuaku sebagai pengubat rindu, setiap kali telefon itu diangkat getus ucapan syukur di hati kecilku, kerna pernah juga fikiran ku ini jauh membayangkan jika suatu hari dering telefonku tidak lagi diangkat oleh orang tuaku untuk selamanya, saat itu tetiba deras air mata mengalir membasahi pipi.
Segeraku sedarkan diriku dari lamunan yang jauh itu, saat itu juga kurasakan mahu memberi sepenuh kebaktian buat mereka kerana membesar dan mendidikku sehingga hari ini. "Ya Allah panjangkanlah umur kedua ibubapaku agar aku mampu membalas dan memberi khidmat baktiku selama masih ada hayat mereka didunia ini, agar hidupku lebih tenang sebelum kau mengambil mereka dari dunia ini, ameen".
Bila mendengar suara keramat mereka ketika menjawab telefonku, jelas terpancar rasa kasih sayang seorang ibu dan bapa terhadap anaknya, begitu ku memahami rasa rindu yang terbuku dihati kalian terhadap anak yang dikasihi, ku juga begitu wahai ibu dan ayahku, namun pengajian ku disini harus ku teruskan, agar segulung ijazah keramat dapatku hadiahkan buatmu sebagai balasan penantian selama bertahun-tahun.
Disebalik mesra suaramu melayan panggilan telefon seorang anak di perantauan, ku mengerti di lubuk hati kecilmu menyimpan seribu keperitan dan kesusahan menanggung rindu pada anak yang dikasihi, "Ya Allah aku bersyukur padamu kerana mengurniakan ibubapa yang amat menyayangi dan mengasihi anak-anaknya", kau menyimpan segala keperitan itu untuk disemat didalam diri agar tidak mahu ia menjadi beban kepada anak-anak yang kau sayang, namun ketahuilah ibubapaku anak mu ini dapat merasai apa yang kau cuba simpan dari pengetahuan ku, keperitan yang kau alami.
Nasihat dan peringatan diriku buat mereka yang masih mampu menatap wajah kedua ibubapa saban hari dan waktu agar kelak kalian tidak menyesal bila Allah mahu mengambil semula mereka dari dunia ini.
1) segeralah menyahut panggilan mereka jika mereka memanggil nama kita, janganlah kalian melukai perasaan mereka agar kita tidak tergolong sebagai anak durhaka
2)panggilan ibu lebih utama dari panggilan jihad, begitu besarnya keutamaan panggilan seorang ibu buat anaknya, namun jangan lah pula menjadikan ia sebagai alasan meninggalkan jihad.
3)peruntukkanlah masa untuk kedua ibu bapa kita sesibuk mana pun kita nanti, jangalah kalian mengabaikan mereka sesekali,
4)jika mereka memerlukan kita di kampung pulang lah menjenguk mereka, jagalah hati mereka terutama ketika mereka diusia emas kerana diwaktu ini hati mereka mudah untuk tersinggung, jagalah adab dan tingkah laku kita.
Sebagai akhirnya suka penulis berkongsi sebuah hadis dari Abdullah B Masud, mas'ud bertanya kepada rasulullah "amalan apakah yang paling dicintai Allah? baginda menjawab solat tepat pada waktunya, Abdullah bertanya lagi, lalu apalagi ? baginda menjawab "berbakti kepada kedua orang tua,"kemudian apalagi ya rasulullah? baginda menjawab "jihad di jalan Allah."(riwayat bukhori dan muslim).

Daripada hadis diatas dapat kita simpulkan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa terlebih dahulu disebut rasulullah sebelum daripada jihad dijalan Allah, ini memberi faham kepada kita bahawa sebagai golongan yang memperjuangkan agama Allah, pertama sekali perlulah solat tepat pada masanya menjadi amalan setiap dari kita, setelah yang pertama ini telah menjadi sebahagian dari tabiat kita, perlulah berbakti kepada kedua ibubapa dan barulah jihad dijalan Allah menjadi lebih sempurna dan diredhoi Allah setelah kita memenuhi dua syarat pertama tadi.
~Allahu ta'ala a'lam, mudah-mudahan ada manfaat dari sedikit cebisan rasa hatiku ini~
0 comments:
Post a Comment