Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dipenjara dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Sudah sunnah...berjuang ke jalan Allah
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga..
~ salam perjuangan!!! (^_^) v ~
~ setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada yang tolong ambe masukkan lirik ni..ukhti Amira, jazakallah khoiron kasiro ( ^_-) v ~
~ setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada yang tolong ambe masukkan lirik ni..ukhti Amira, jazakallah khoiron kasiro ( ^_-) v ~
0 comments:
Post a Comment