Thursday, May 20, 2010

kejayaan masak lemak


Bahan-bahan
@buku secukup rasa (ikut selera)
@sebuah ketekunan (diparut)
@kerajinan secukupnya
@4 hiris keinsafan(dimayang)
@5 keping kasih sayang (diperah)
@beberapa potong nasihat
@beberapa potong doa
@sedikit dendam dan cemburu (dilumatkan)
@secebis malas (digoreng dan ditumbuk halus)
@segenggam harapan
@1/4 cawan air mata
@semangkuk azam
@sekuntum senyuman (untuk hiasan)
Cara menyediakan
1) Buku dipotong 5 basuh dan toskan, gaul buku dengan azam biar seketika hingga mesra keduanya.
2) Ketekunan diperah untuk menjadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter usaha.
3) Keyakinan, kasih sayang, nasihat, doa dan harapan digaul bersama.
4) Renjis air mata, tumiskan keinsafan sehingga bangkit baunya (menimbulkan kesedaran).
5) Kemudian masukkan bahan yang digaul tadi kacau dengan pemikiran yang baik dan sempurna.
6) Masukkan buku-buku dan campurkan dengan usaha, kemudian didihkan beberapa minit tambah kerajinan dan malas yang ditumbuk halus, dendam dan cemburu yang dilumatkan tadi.
7) Setelah mendidih, masukkan kesungguhan, setelah naik baunya masukkan doa dan tutup dengan keimanan.
8) Apabila masak, rasalah kenikmatannya. Kalau kurang manis tambahkan sedikit ketekunan secukupnya.
9) Apabila siap, hidangkan bersama kebanggaan untuk keluarga dan taburkan kesyukuran dan hias dengan sekuntum senyuman.
Selamat mencuba!!!

2 comments:

Salam Dr Shahrul

Mula2 makcik nak perbetulkan kesilapan dalam komen makcik terdahulu yakni bab pulau perhentian.Baru 2 hari lepas teringat. Pengalaman makcik bkan scuba diving, cuma snorkeling. Maaf ya.

Ok sekarang bab masak lemak ni,ingatkan masak lemak ayam sampai jadi ayam tandoori.

Apa-apapun awal mulanya perlu mendalami ilmu, selepas itu akan datanglah yang lain-lain tu, beramal perlu ilmu, berkasih sayang, cemburu, dan semuanya itu perlu dengan ilmu. Begitulah Allah mengajar kita melalui NabiNya IQRA'.

InsyaAllah resepi ini jika diikuti berkuranglah masalah dalam kehidupan.

hehehe terima kasih kak, perkongsian yang sangat bermanfaat bg saye...teruskan perkongsian yang baik ini...moga ada manfaat darinya